Posting ni hanya sebagai mengulas berita di MStar mengenai Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) yang masih mengemukakan senarai calon untuk dipertimbangkan oleh DS Najib pada PRU 13 nanti.
Diharapkan kepada yang dah bernama "bekas" tu, cukup-cukup lah. Zaman kamu dah berakhir. Janganlah menambah pening pentadbiran BN. Maklumlah, kamu tu dah jadi Al Quran buruk, jangan kerana kamu, akan menimbulkan keadaan yang serba salah.
Memang tertarik dengan moto Mubarak, terus berkhidmat, namun untuk terus berkhidmat tidak semestinya mesti menjadi wakil rakyat. Banyak lagi cara untuk terus berkhidmat. Adalah lebih baik duduk dibelakang tabir, memberi khidmat nasihat kepada yang baru dan muda dari menagih untuk mendapatkan kedudukan semula. Kalau hanya sekiranya bergelar YB sahaja baru boleh berkhidmat, betul ke arah dan tujuan perjuangan itu? Sikap merasakan diri lebih baik dari orang lain inilah yang merosakkan. Gunakan pengalaman, kepakaran dan hormat masyarakat atas jasa kamu yang dahulu untuk membantu generasi yang baru. Itu lebih mulia!!!
No comments:
Post a Comment