TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

IKUTI TiS DI FB

Wednesday, June 13, 2012

HUSAM DAH SEDIAKAN JAWAPAN UNTUK LEBUHRAYA YANG BAKAL TAK SIAP

Bab mencipta dalih dan alasan agar tidak dipersalahkan kelak, Husam Musa memang hebat. Kehebatannya dalam hal ini memang boleh diakui.

Mungkin Husam sendiri nampak bahawa projek lebuhraya prepaid PAS Kelantan bakal gagal dan tidak mampu disiapkan, maka awal-awal lagi Husam dah sediakan alasan. Maka, kalau sampai masa dan ketikanya nanti, lebuhraya tersebut gagal, senang le dia nak tuding jari. Pada siapa lagi, kalau tak kepada UMNO!

Husam mendakwa kononnya kontraktor yang terlibat telah diganggu agar projek lebuhraya prepaid itu gagal. Apa lu cakap ni wahai Husam? Kontraktor ni, mata dia orang tak nampak bulan ke dacing. Kalau fulus cantik, kerja mesti laju. Tapi kalau fulus sangkak-sangkak, mesti le dia orang pun perlahan-lahan merangkak lari. Jangan cuba beralasan dan nak passing kegagalan kepada orang lain. Kalau nak laju kerja tu, cuba formula ni, kalau lebuhraya tu prepaid, kontraktor-kontraktor tu bayar le juga dengan konsep prepaid, pasti laju.



3 comments:

Anonymous said...

Adoi nak ganggu apa nya....cuba tengok perancang bandar di kelate...rumah-rumah..kedai-kedai tak teratur....pembinaan terlalu hampir dengan jalan....mana tak juruukur lari lo....kena ukur rumah orang dan kedai orang....masak la nak bayar pampasan....ada dua tiga sengal tak beri kerjasama...alamat tergantung lah kerja....tergantung kerja payment pun gantung lah.....

Gua suka Kelantan ada lebuhraya...nak balik kampung senang.

Anonymous said...

matlamatnya bukan nak buat highway, yg sebenarnya Husam skali lagi nak bina persepsi tentang jahatnya kerajaan BN yg sanggup mengagalkan lebuhraya utk rakyat. Tektik psywar yg makin lama makin basi..

femes said...

tujuan sebenar adalah nak toreh hutan balak. bila buat highway, hutan kena tebang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI