Khalid Berahim bertegas mahu menjual tanah seluas 500 ekar untuk mendapatkan dana berjumlah RM30 juta hanya untuk memulakan program perintis pendidikan percuma di Selangor.
Wajarkah Khalid melupuskan tanah tersebut hanya untuk mendapatkan RM30 juta? Apalah besarnya nilai RM30 juta tersebut jika dibandingkan dengan dakwaan Khalid bahawa hingga akhir tahun 2011, Selangor mempunyai rezab sebanyak RM1.9 bilion!!!
Jika dilihat kepada jumlah rezab tunai Selangor, pasti ada udang sebalik batu yang menyebabkan Khalid begitu beria-ia mahukan tanah tersebut dijual, lebih-lebih lagi isu pinjaman PTPTN untuk pelajar Unisel sudah selesai.
Persoalan lain yang timbul, benarkah tanah di Selangor hanya mampu menjana nilai setakat RM60,000 seekar? Kalau melihat kepada keghairahan untuk menjual, seolah-olah telah ada pembeli yang telah bersedia dan ghairah yang ditunjukkan tersebut bukanlah ghairah tuan tanah yang mahu menjual, tapi lebih kepada ghairah broker yang menjalankan kerja jual menjual! Siapalah agaknya yang membelinya nanti?
No comments:
Post a Comment