TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Tuesday, June 19, 2012

PETANI KADA RUGI RM150 JUTA KERANA KERAKUSAN PAS

Kira-kira 10,000 petani di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di Kelantan, mengalami kerugian RM150 juta ekoran kemerosotan pengeluaran padi kira-kira 120,000 tan metrik pada musim tanaman tahun ini akibat kemarau.

Menurut Pengerusi KADA, Tan Sri Annuar Musa berkata tiga rumah pam untuk mengalirkan air ke sawah tidak berfungsi kerana air sungai Kelantan yang menjadi sumber utama berada pada paras kritikal yang mana kemerosotan tersebut dipercayai berpunca daripada sistem ekologi yang terancam akibat penebangan kawasan balak di kawasan Hulu Kelantan dan pengambilan pasir sungai yang tidak terkawal.

Macam mana nak kawal, puak PAS tahu masa mereka kat Kelantan dah sampai ke penghujungnya. Kalau tak kaut segala balak dan pasir yang ada sekarang, bila lagi? Nak harap kat projek lain, Kelantan miskin projek. Yang jadi mangsa ialah petani. Dah macam ni, siapa yang nak bantu petani tersebut? Takkan nak salahkan kerajaan persekutuan atau UMNO juga. 

Namun begitu, kat tempat lain ada juga kemarau kali ni. Hujan berkurangan, tapi tak le sampai tak cukup air. Mungkin doa Pok Nik dah tak makbul agaknya atau dah terlupa nak berdoa untuk kesejahteraan rakyat kerana asyik berdoa untuk ke Putrajaya aje!


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI