TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Tuesday, July 24, 2012

ANTARA BANTUAN PRESIDEN ANAK DAN ZAKAT FELDA


Gambar kat atas ni, bagi bantuan ke, atau tagih simpati? Kalau tengok muka mak cik yang terima bantuan dari Mazlan Aliman Presiden ANAK, macam dah berjela aje mak cik tu mengaminkan doa. Jangan-jangan doa pilihanraya kot? Itu selepas dapat bantuan, sebelum bagi beg tu kat mak cik, entah berapa berjela pulaklah kempennya.

Lantak le Mazlan, walau berjela manapun kempen ko, walau benci mana sekalipun engko terhadap Felda, engko terpaksa menerima hakikat bahawa jauh lebih ramai umat Islam yang bakal menerima faedah dari perniagaan Felda. Tup-tup, DS Najib malam semalam menyerahkan zakat perniagaan Felda berjumlah RM30.6 juta untuk diagih-agihkan kepada 14 pusat zakat negeri. Banyak tu, ingatkan dengan gerakan ANAk tu boleh menyebabkan Felda bankrap, rupanya tidak, semakin gah lagi adanya. Banyak tau RM30.6 juta tu kalau nak dibandingkan dengan 2 beg sumbangan ko tu rasanya isinya entah ada entah tidak bernilai RM30.60!!!



No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI