TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Saturday, July 28, 2012

BERBUKA DENGAN ROKOK BOLEH MEMBAWA MAUT - SELAMAT BERBUKA!

AL AIN (Amiriah Arab Bersatu): Berbuka puasa dengan menghisap rokok boleh membawa maut, kata seorang pakar yang menggesa orang Islam membuang tabiat merokok ketika Ramadan.

Pakar perubatan dalaman di Pusat Perubatan dan Klinik Emirates di Al Ain itu, Dr Riaz Ahmad Minhas, berkata merokok boleh membawa bahaya kepada seseorang yang berpuasa kerana anggota badannya cuba pulih selepas tidak minum atau makan dalam tempoh lama.

Beliau juga menekankan bahawa perokok dikira bernasib baik sekiranya mereka tidak mempunyai masalah jantung berpunca daripada tabiat itu.

"Merokok adalah perkara buruk yang dilakukan seseorang terhadap badannya, terutama selepas berbuka puasa di bulan Ramadan.

"Disebabkan berpuasa, badan amat memerlukan air, glukos dan oksigen. Sebaliknya, merokok boleh menyekat saluran darah, menghalang aliran oksigen yang diperlukan.

"Merokok pada waktu kritikal boleh juga menyebabkan darah menjadi beku," kata Dr Minhas.

Beliau menjelaskan perkara ini boleh menyebabkan pembuluh darah tersekat, sekali gus meningkatkan tekanan darah, kesesakan arteri, mengganggu degupan jantung dan meningkatkan kolesterol.

"Ia boleh menyebabkan perokok maut. Sebab itu perokok perlu berhati-hati dalam perkara ini," tambah Dr Minhas. - Agensi.


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI