TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, July 1, 2012

HIMPUNAN HIJAU GAGAL, DIN PUDU TAK LAYAK JADI MB JOHOR?


Totok PAS yang hanya tahu melalak aje, kelmarin berbangga kononnya Himpunan Hijau di Johor berjaya. Namun apa yang mereka tak sedar ialah, diakhir perhimpunan tersebut, Pok Nik beri Din Pudu cuma RM100 sahaja. Sedangkan yang Pok Nik punggah bawak balik Kelantan, entah berapa banyak, maklum le, nak buat lebuhraya kat Kelantan pun mintak derma kat Johor.

Sambil ketawa sinis, Pok Nik menghulurkan RM100 kepada Din untuk buat bekal balik ke Johor. Sindiran orang tua yang dah pakai bateri, tak ada siapa yang perasan. Tapi itulah nilainya Din Pudu pada mata Pok Nik.

Mungkin Pok Nik tahu, sebenarnya Himpunan Hijau Johor adalah gagal. Gagal kerana Pok Nik tahu bahawa yang ramai berhimpun itu adalah dari rombongan Pok Nik sendiri, bukannya rakyat Johor. Kerana itulah, komisyen derma untuk Din Pudu cuma RM100 aje.

Tak cukup dengan tindakan Pok Nik yang tak puas hati dengan gagalnya Din Pudu mengumpul orang Johor, maka Presiden PAS pulak, si Hadi Awang mengeluarkan kenyataan. Salahuddin bukan calon MB Johor (sini) walhal sebelum ini bukan main canang lagi Din akan balik ke Johor sebagai persediaan untuk mengisi jawatan MB Johor.


Dengan duit RM100 dan pengesahan Hadi Awang, maka lengkaplah petunjuk bahawa Din Pudu sememangnya gagal. Lepas ni boleh le si Suhaizan Kayat, Mazlan Aliman atau Cikgu Mala pasang badan untuk jadi MB Johor sebab Dr Mahpodz rasanya tak minat.


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI