TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Monday, July 30, 2012

MERCUN - APAKAH PINTU MASUK MALAYSIA ADA LUBANG TIKUS?

Kalau kita dengar tentang haramnya mercun di sisi undang-undang Malaysia, adalah tidak wajar ianya boleh diperolehi dengan begitu mudah hingga boleh dibeli di Bazar Ramadhan.

Setiap tahun, apabila menghampiri raya, ada sahaja yang putus jari, buta mata dan sebagainya. Kempen agar orangramai tidak bermain mercun tidak berkesan. Ini mungkin boleh dimaafkan lagi kerana berkemungkinan mereka boleh mencari tempat tersembunyi untuk bermain.

Apa yang dimusykilkan ialah, walaupun diharamkan dan tiada kilang mercun di Malaysia, bagaimana mercun tersebut masih boleh memasuki pasaran dengan begitu banyak sekali? Apakah pintu sempadan dan pelabuhan-pelabuhan di Malaysia ini ada lubang tikus yang berselirat yang sukar untuk dikawal? Atau yang berkawal seumpama tikus yang mudah diumpan?

Mungkin sudah sampai masanya kerajaan Malaysia mengangkat kembali segala macam pengharaman ke atas pelbagai barangan. Ini kerana walaupun ianya diharamkan, barangan-barangan tersebut begitu mudah diperolehi di pasaran terbuka. Sebut apa sahaja barangan yang diharamkan oleh undang-undang Malaysia, dadah?...rokok seludup?...mercun?....malah orang yang masuk haram ke negara ini juga bersepah bergaul dengan warganegara.

Pengharaman tersebut seolah-olah hanya untuk mencukupkan undang-undang sahaja. Keberkesanan dari pengharaman tersebut tidak nampak. Penguatkuasaan terlalu longgar. Mungkinkah perlu wujudkan satu lagi jabatan penguatkuasa untuk menjaga penguatkuasa? Atau mungkinkah ini akibatnya yang terhasil apabila ahli politik sibuk berpolitik? Tidak mustahil, apabila hampir dengan pilihanraya ni, ada ahli politik yang bakal melawat mangsa bermain mercun walaupun kesusahan dan kecederaan mereka itu disebabkan melanggar undang-undang!


7 comments:

Anonymous said...

cuba kita renung-renungkan sebelum pengharaman mercun dan bunga api..adakah kita dengar mercun makan korban dan kecederaan?

dirasakan kematian dan kecederaan
berlaku setelah kerna pengharamanlah mercun seludup semakin advance dan canggih di olah
dan diubah menjadi bom yg lebih berkuasa......

berbalik kepada mana datangnya
mercun seludup yg melambak dipasaran....banyaknya rampasan
yg dapat dipintas begitu jugalah
banyaknya yg terlepas....terlepasnya kepasaran
kerna lemahnya penguatkuasaan dipenghujungnya..tetapi awalannya
pasti ada habuan tertentu dari sindiket kepada pihak tertentu yg
bersengkongkol !!!!

Anonymous said...

cuba kita renung-renungkan sebelum pengharaman mercun dan bunga api..adakah kita dengar mercun makan korban dan kecederaan?

dirasakan kematian dan kecederaan
berlaku setelah kerna pengharamanlah mercun seludup semakin advance dan canggih di olah
dan diubah menjadi bom yg lebih berkuasa......

berbalik kepada mana datangnya
mercun seludup yg melambak dipasaran....banyaknya rampasan
yg dapat dipintas begitu jugalah
banyaknya yg terlepas....terlepasnya kepasaran
kerna lemahnya penguatkuasaan dipenghujungnya..tetapi awalannya
pasti ada habuan tertentu dari sindiket kepada pihak tertentu yg
bersengkongkol !!!!

Anonymous said...

pihak berwajip kastam mungkin menganggap mercun datang dari
negara china..walhal mercun mudah didapati dari thailand...bekalan
mercun datang dianggap bila hampir
musim perayaan sedangkan penyeludupan tidak bermusim...
ketatkan kawalan disempadan ikut musim..longgar diluar musim..inilah kelemahannya!!

lagipun penyeludup kommersial tidaklah rugi walaupun kos meningkat asalkan dagangannya dapat masuk ke nengara melalui proses transhipment dari negara ketiga atau keempat...

contoh- mercun product negara china ia akan dieksport ke thailand..dieksport semula ke indonesia...akhir sekali ia akan sampai ke malaysia dengan diikrar sebagai barangan lain..utk mengaburi pihak berkuasa!!

Anonymous said...

Sudah tahu mercun merbahaya tapi kenapa masih bermain dengan maut...

Anonymous said...

bile raye, tiga negeri akan berlumba2 nak jadi penyumbang mangsa mercun pertama Kedah, Kelantan dan Terengganu. elok ditampal poster gambar tangan yang hancur atau mata yang buta akibat mercun kat sekolah2

Anonymous said...

Yahoooo, best tiap2 tahun dengar byk org melayu buta mata, kudong tangan, rumah terbakar, hilang jari jemari dek kerana mercun buatan sendiri, mercun yang direka mcm letak dalam balang kononnya ada impak bunyi yg kuat akhirnya memakan diri sendiri. Betul sikap orang melayu kata org kedah "ketegaq" aka degil tak mahu dengar cakap orang, pandai lebih. Yang menghairankan orang cina main mercun berpuluh tahun tak ada pun dengar kes2 mcm ni, mereka tahu undang-undang main waktu hari perayaan bukan mcm orang melayu sehari baru berpuasa dah berdentum dentam tak kira lepas berbuka ke, tengah mlm orang nak tidur ke, tak ke gila namanya. Mak bapak yang anak buta mata boleh daftar OKU.Kepada jiran yang anaknya terkena mercun kalau boleh saman ja anak jiran tersebut dgn mak bapak dia sekali.

Anonymous said...

masalahnya terlampau advance suka ubah suai mercun tersebut. tapi kalau di perhatikan yang banyak berlaku kecederaan kerana mercun mereka yang di pantai timur..terutama kelantan, terengganu dan kedah.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI