TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Friday, July 27, 2012

PEKEMA SOKONG POTONG DUTI EKSAIS DAN CUKAI IMPORT KERETA?


Kalau korang nampak dalaman kereta semewah gambar di atas, majoritinya dibawak masuk oleh ahli PEKEMA iaitu Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia.

Bila Rafizi bermanifesto nak turunkan harga kereta, Presiden PEKEMA, Datuk Zainuddin Abd Rahman cepat menyatakan persetujuannya iaitu menurunkan harga kereta dengan pemotongan duti eksais dan cukai import kereta. Kononnya, apalah ada dengan kutipan cukai antara satu hingga dua billion itu kepada kerajaan (sini)? Ini kerana katanya, dengan tindakan itu akan merancakkan lagi penjualan kereta import.

Memanglah, satu atau dua billion tu tak besar bagi sesebuah kerajaan, tapi boleh dimanfaatkan untuk ramai rakyat jelata. Kalau terlalu banyak kereta yang diimport, yang untungnya negara luar dan segelintir pengimport kereta ahli PEKEMA sahaja.

Kalaulah Presiden PEKEMA kata, nilai cukai tu tak besar, apa kata  ahli PEKEMA yang memulakan langkah awal dulu. Kurangkan margin keuntungan bagi setiap kereta yang dijual. Ini kerana ahli PEKEMA yang cuma berbekalkan AP sahaja rata-ratanya super kaya dah macam orang ada kilang kereta!

Atau apa kata, kerajaan bagi AP kepada mana-mana individu yang berhajat nak beli kereta import? Rasanya kalau dengan harga yang dibayar oleh pembeli sekarang ini untuk sebuah kereta yang dijual oleh ahli PEKEMA, mereka yang ada AP tersebut boleh menggunakan nilai yang sama untuk dapat sebuah kereta, bayar duti eksais, bayar cukai import dan melancong bersama keluarga ke Jepun untuk pilih kereta recond di sana dan mungkin ada lebihan lagi bercuti pusing Malaysia dengan kereta recond yang dibeli.

Sepatutnya PEKEMA yang dah senang dan  mewah, sama-sama bantu untuk mengekalkan industri pembuatan kereta nasional yang banyak memberi rezeki kepada rakyat Malaysia, bukannya menyokong tindakan atau dasar yang mungkin akan menyebabkan kelembapan dan penurunan daya saing produk tempatan!


4 comments:

Anonymous said...

Buka aje AP tu semua rakyat malaysia boleh bawa masuk kereta kedalam negeri,bagi AP sekali untuk setiap rakyat.

Anonymous said...

Cukai yang perlu di kurangkan ialah kenderaan Rakyat = Proton/produa yang lain2 tu sama je lah.

AJAI62 said...

Assalam Bro

Kereta Rakyat Malaysialah yang patut dikurangkan cukai. Kereta import memanglah sejak azalinya mahal dan yang memakai pun orang yang berduit. Cukai tu patut dinaiklan lagi. Masalah AP tu pun bagus bagi aje kat rakyat sseorang satu... Pergi beli sendiri...

zack said...

Cukai Kenderaan import tak payah lah kurang..kurangkan cukai kereta Nasional sahaja..orang banyak pertikai harga kereta nasional bukan import.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI