TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Tuesday, August 7, 2012

DS NAJIB DAN MUHYIDDIN MASIH POPULAR DI JOHOR

Malam semalam (Isnin), DS Najib telah berkunjung ke Johor bersama TS Muhyiddin untuk Majlis Tadarus dan Khatam Al Quran di Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid, Taman Universiti.


Sambutan masyarakat Islam Johor amat menggalakkan. Malahan dalam ribuan umat Islam tersebut, masih terdapat yang bukan Islam turut hadir diperkarangan masjid untuk turut sama menyambut kehadiran PM yang mereka kasihi.

Dalam ucapan ringkasnya sebelum berbuka puasa, DS Najib mengingatkan umat Islam agar tidak mempolitikkan agama kerana tindakan tersebut akan menyebabkan umat Islam akan berpecah belah. Beliau menaruh harapan yang tinggi agar Malaysia muncul sebagai negara Islam pertama yang berstatus negara maju.


DS Najib juga menegaskan bahawa kerajaan Barisan Nasional sentiasa mengutamakan Islam dalam mentadbir urus negara dan mengikut landasan serta tuntutan syiar Islam. BN memajukan pentadbiran negara berdasarkan syariah dan itulah tuntutan Islam dan antara lima perkara yang dilakukan ialah menjaga Islam iaitu menjaga akidah Islam, jaga akhlak Islam, meningkatkan syiar Islam, menyediakan prasarana Islam, perundangan Islam dan sebagainya, sebab itulah Malaysia dikenali negara Islam.

Tapi dalam menyambut kepopularan DS Najib dan TS Muhyiddin, kesian pulak aku tengok kat YAB MB Johor, macam tak perasan pulak dia hadir satu kereta dengan DS Najib, rasanya dah patut umum bersara dah!
  



3 comments:

rakab said...

Pakatan di Johor macam Angkatan Perpaduan Ummah satu ketika dulu.
Hangat-hangat tahi ayam jer...

err tentang tok Ghani yang patut bersara tuu..er..errr rasanya aku setuju !

hehehe

Anonymous said...

hmm..betul tu..moga barisan nasional terus utuh di bumi johor..tapi rasanya dah tibajawatan mb johor perlulah diberikan pula pada yg lebih pro aktif, dinamik dan peka pd tuntutan rakyat..takut2 kalau terus pasif,johor akan jatuh ke tgn pakatan..tolong..bangkitlah BN johor..
'Bila johor nak umumkan bonus tambahan peringkat negeri,macam negeri lain..?'

Anonymous said...

yang najib umum bonus tu utk penjawat awam federal(mcm cikgu, polis n askar)...kalo penjawat awam negeri(mcm jabatan agama n pej daerah or suk) mb atau km yg umum kan...biase nye negeri akan follow federal...mane ade bonus tambahan mcm negri lain...same je 1/2 bulan bonus... harap maklum

ARTIKEL HANGAT BULAN INI