TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Monday, August 6, 2012

55 TAHUN MERDEKA, PEMBANGKANG BERJAYA?

Tak sampai sebulan lagi, negara akan menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke 55 tahun. Pada 54 tahun yang lepas, sambutan kemerdekaan disambut sebagai rutin biasa, tiada ungkitan, semua rakyat bersatu, bersama menjayakannya. Namun pada sambutan ke 55 ini, nampaknya puak pembangkang telah berjaya memecah belahkan kesatuan rakyat. Pembangkang sanggup berpolitik hingga untuk menyambut kemerdekaan negara ingin dijadikan isu. Sampai bila pembangkang Malaysia ingin belajar menerima suara majoriti dan mahu menerima bahawa pemerintah sedia ada adalah yang dipilih oleh rakyat teramai?

Bukan setakat ingin berlainan tema antara puak pembangkang dengan kerajaan yang memerintah, malah dalam negeri-negeri yang dikuasai Pakatan sendiri telah tidak sekata dalam menetapkan tema sambutan. Kerajaan Persekutuan menetapkan tema Janji Ditepati, manakala Penang, Kelantan dan Selangor dengan tema Sebangsa, Sejiwa, Senegara. Kedah pula menetapkan tema sendiri Terus Berbakti.

Nampaknya, dengan permainan ahli politik, rakyat semakin terpecah. Sambutan Hari Kebangsaan yang sepatutnya  menjadi acara bersama, telah menjadi acara politik. Tak mustahil nanti Sambutan Hari Raya juga akan berasingan.

Terlanjur masing-masing sudah mahukan tema yang tersendiri, eloklah pada sambutan 55 tahun merdeka ni, setiap rakyat membuat tema masing-masing. Tak payah ikut sesiapa. Bagi aku, sempena 55 tahun merdeka ini, tema aku ialah 55 Tahun Merdeka, PKR Menyokong DAP Memperbodohkan PAS, UMNO Tak Mampu Nak Menolong! UMNO rasanya memang tak mampu dah untuk menolong politik orang-orang PKR dan PAS yang pemimpinnya bersikap macam orang tak sekolah. Silap percaturan, Melayu akan hilang kemerdekaannya.

Mungkin sudah sampai masanya, acara-acara bersifat nasional perlu diselaras dan dijawatankuasakan dengan wakil dari semua parti politik.


1 comment:

rakab said...

wuuuii !! memang pembangkang berjaya semenjak merdeka lagi,...berjaya mengekalkan kekalahannya dalam pilihanraya umum !!

12 kali berturut-turut !!!

ARTIKEL HANGAT BULAN INI