
Mengapa penyokong BN bangga dan gembira? Ini kerana mereka-mereka yang melompat parti itu diketahui merupakan individu dan pemimpin yang bermasalah, yang dah tiada tempat dan yang mencari tempat untuk temolok sendiri.
Dengan berduyun-duyun mereka menyeberang ke kem Pakatan, maka sedarlah rakyat kebanyakan bahawa kini dalam Pakatan ada banyak bangkai yang boleh dikongsi oleh langau-langau yang kelaparan itu. Jelaslah ungkapan bersih oleh puak Pakatan hanyalah omong kosong sahaja. Kalau bersih, manakan mungkin langau akan terbang dan hinggap di sana?
No comments:
Post a Comment