TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Tuesday, August 14, 2012

PAS KELANTAN BAGI BONUS - APA KATA MAHPUSSS?

Kerajaan PAS Kelantan mengikut langkah Kerajaan BN untuk memberi bonus setengah bulan gaji atau minima RM500 kepada penjawat awam negeri.

Masa DS Najib umumkan pembayaran bonus setengah bulan tersebut untuk penjawat awam persekutuan, Mahpusss kata bonus tersebut tidak menyelesaikan masalah kakitangan awam untuk jangka panjang dan hanyalah bertujuan untuk menutup mulut penjawat awam.

Kali ni, Pok Nik ikut pulak jejak DS Najib, bagi bonus. Apa kata Mahpusss pulak? Apakah bonus yang kerajaan PAS beri akan menyelesaikan masalah kakitangan awam Kelantan untuk jangka panjang dan apakah bonus ini bukannya gula-gula dari Pok Nik dan kerajaan PAS untuk menunjukkan bahawa PAS Kelantan juga tidak miskin?

Aku sangat berharap agar si Mahpusss ni tegur pulak Pok Nik. Ini sebab Kelantan belum boleh bermewah-mewah sangat untuk ambil hati penjawat awamnya. Lebih elok duit bonus untuk penjawat awam tu dikumpul-kumpul untuk memperelokkan lagi kualiti air bersih dan menyiapkan lebuhraya rakyat. Tak payahlah sampai meminta-minta dengan menyusun tong derma di merata tempat untuk menutup kekurangan!


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI