TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Thursday, August 2, 2012

NUAR SAHKAN PAKATAN KETANDUSAN PEMIMPIN


Berita dari Sinar Harian yang memetik kenyataan Nuar Berahim, mengesahkan bahawa Pakatan sememangnya ketandusan pemimpin. Apa gunanya memilih Pakatan kiranya menggunakan pemimpin recyle yang meninggalkan UMNO kerana sedar peluang mereka telah tiada pada PRU 13 nanti? 

Di bawah ialah sebahagian kenyataan Nuar Berahim;
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mereka yang sudah hilang kepercayaan ke atas Umno dan jika mahu terus bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 boleh menyertai Pakatan Rakyat (PR).

"Jika mereka mahu terus bertanding dalam PRU, mereka yang 'lompat parti' ini, mesti menyertai mana-mana parti komponen dalam PR.

Begitu terdesak sekali Nuar untuk mendapatkan kuasa hingga sanggup menerima mana-mana pemimpin UMNO yang sebelum meninggalkan UMNO habis dimaki hamunnya untuk dijadikan calon. Sebenarnya tiada pemimpin yang meninggalkan UMNO kerana hilang kepercayaan ke atas UMNO, tetapi mereka meninggalkan UMNO kerana mereka tahu bahawa mereka tidak akan mendapat kepercayaan UMNO untuk menjadi calon dan pemimpin lagi pada PRU 13 nanti.

Eloklah puak Pakatan ambil dan calonkan semula mana-mana pemimpin UMNO yang meninggalkan UMNO kerana Nuar dan suku sakat Pakatannya memang suka barang lusuh dan terpakai!


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI