TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Wednesday, August 15, 2012

PEMUDA PAS KELANTAN TERBAKAR - USTAZ NASHA DISURUH ANGKAT KAKI


Pemuda PAS Kelantan jadi hilang akal apabila PAS ditegur oleh bekas Timbalan Presidennya, Ustaz Nasharudin Mat Isa. Kesasau Pemuda PAS Kelantan hingga meminta Ustaz Nasha angkat kaki meninggalkan parti PAS. Nampaknya dalam PAS, dari pencacai hinggalah kepada pemimpinnya, semuanya memang tak boleh ditegur. Lebih menyerlahkan lagi kebaghalan mereka ialah mereka sanggup meminta Ustaz Nasha meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok walaupun menyedari bahawa PRU hanya akan dibuat pada bila-bila masa sahaja. Rupanya dalam Pemuda PAS ada ramai juga yang berhajat untuk bergelar YB.

Di bawah ini ialah kenyataan Setiausaha DPPNK, Mohd Nuri Mat Yaacob yang disiarkan oleh Sinar Harian.

DEWAN Pemuda Pas Negeri Kelantan meminta bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, yang juga merupakan Ahli Parlimen Bachok, menyatakan pendiriannya dengan jelas sama ada masih ingin bersama Pas atau membawa haluan yang bertentangan dengan kehendak parti.

Ini berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau seperti yang tersiar di dalam Buletin Utama TV3 hari ini (semalam) di mana beliau mencadangkan agar Pas keluar dari Pakatan Rakyat jika DAP menentang hudud.

Dewan Pemuda Pas Kelantan melihat cadangan beliau tersebut hanyalah mengulangi hujah-hujah yang diratib oleh pemimpin-pemimpin Umno selama ini.

Sedangkan semua pihak sedia maklum bahawa kerajaan pusat yang ditunjangi oleh Umno dan BN yang sebenarnya menghalang pelaksanaan hudud di Kelantan selama ini. 

Ditambah dengan sikap beliau yang dilihat pro-Umnosejak kebelakangan ini, Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan melihat amat wajar untuk beliau membuat pengisytiharan rasmi adakah beliau masih setia bersama Pas atau sebaliknya. Jika beliau sudh tidak berminat bersama-sama dengan Pas, amatlah wajar untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok daripada terus-menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok di dalam PRU12 yang lalu.

Bagi Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan, Pas sedikitpun tidak rugi jika individu seperti beliau mengangkat kaki meninggalkan parti.

Mohd Nuri Mat Yaacob
Setiausaha DPPNK.


4 comments:

Anonymous said...

Kenapa pemuda PAS melatah?? dah panas punggung ker bila baru sekali kena tefuran dari ustaz nasha? Karpal suruh tongsampahkan hudud tak melatah pun..LKA dan LGE dok Tolak ISLAM tak suruh angkat kaki pun??? oo kerana ular_Mak PKR dok bagi nasihat kot...kah..kah..kah

Anonymous said...

Kehendak prti sokong DAP dan al Jubori,kehendak Islam tolak kafir harbi dan penjenayah seks.Mana satu nak ikut,ahli Pas ikut kehendak parti,Ust Nasha ikut Islam.

Aliffnajmi said...

Belajar dari pengalaman memecat Hasan Ali, Pas takkan berani pecat Nasha. Utk itu, Nasha akan terus ditekat dan dipulau dgn niat agar Nasha meletak jawatan secara suka rela.
Klu ini terjadi, ia adalah peluru utk menembak UMNO/BN. Tak mustahil... Hasan Ali yg mereka pecat pun dikatakan salah UMNO. Jahat betul cara PAS berpolitik. Semoga Allah memelihara UMNO dan rakyat Malaysia, InsyaAllah.

x-pas said...

Dengan kafir harbi pas takut,sikit pun tak berani angkat muka.Bodoh,macam ni nak perintah Malaysia?Habislah Islam kena jual oleh pas pada kafir harbi demi sedikit imbuhan.

Memang betul bukan saja haram mengundi dap tapi haram juga mengundi pas selagi pas bersekongkol dan menjadi pencacai kafir harbi dap.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI