TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

IKUTI TiS DI FB

Tuesday, August 21, 2012

RUMAH TERBUKA YAB MB JOHOR MERIAH, RAKYAT HADIR DENGAN HARAPAN


Kebetulan aku memang sekampung dengan YAB MB Johor, Datuk Hj Abd Ghani Othman, kesempatan yang ada dalam cuti balik kampung, aku jengah juga le Rumah Terbuka Aidilfitri YAB MB Johor ni di kediamannya di Pekan Sg Mati. 

Berbeza dengan tahun yang lepas, pada tahun ini agak ramai yang berkunjung ke Rumah Terbuka Ghani. Kalau tahun lepas, suasana agak suram, tetapi pada tahun ini sehingga pukul 12.00 pagi tadi, orang ramai masih kelihatan berbaris sejauh traffic-light di persimpangan masuk ke rumahnya. Terperanjat juga aku, semakin hampir dengan PRU, semakin ramai orang berkunjung ke rumah Ghani.


Dah nama sekampung, maka ramai le yang hadir tu aku kenal. Ada yang tak pernah datang, pun datang juga pada tahun ni. Bila ditanya, rupanya ada harapan dari mereka yang hadir tu. Nak tahu apa harapan mereka?

Mereka berharap agar ini adalah Rumah Terbuka Ghani yang terakhir sebagai MB Johor. Tu sebab ramai yang datang sebab ramai yang yakin, kalau Ghani buat Rumah Terbuka lagi pada tahun depan, ia hanyalah sebagai Rumah Terbuka biasa, bukannya Rumah Terbuka MB Johor! Harap-harap YAB faham-faham aje le!!!




1 comment:

rakab said...

Kalau makin ramai yang hadir, itu menunjukkan keyakinan dan sokongan rakyat kepada pemimpin tersebut.

ataupun kepada parti yang diterajuinya diperingkat negeri...

macammana nak suruh berhenti daaa..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI