KUALA LUMPUR: Akibat melewatkan solat asar, seorang pelajar tingkatan dua ditendang beberapa kali di perut oleh lima rakannya dalam bilik air asrama sekolahnya.
Berikutan kejadian itu, Muhammad Ridwan Radin, 14 tahun, pelajar Sekolah Menengah Agama Rakyat Maahad Al-Islah, Parit Sungai Lampan, Teluk Intan, menjalani pembedahan bagi membuang limpanya kerana koyak akibat hentakan kuat.
Lebih malang, anak sulung tiga beradik itu perlu mengambil antibiotik sehingga berusia 21 tahun.
Dalam kejadian 29 Jun lalu, mangsa berada dalam tandas asrama apabila didatangi lima rakannya yang bertanyakan sama ada sudah menunaikan solat asar.
Mangsa yang menjawab belum kerana mahu mandi dulu terus disepak salah seorang rakannya sebelum mangsa berlari ke biliknya.
Namun, mereka mengikutnya ke bilik dan terus menyerangnya.
"Saya kemudian memaklumkan kejadian itu kepada rakan, tapi tidak menceritakan kepada keluarga atau guru kerana takut dimarahi. Akibat terlalu sakit di perut, saya meminta guru supaya menghubungi bapa," katanya ketika ditemui di Biro Pengaduan Awam Persatuan Cina Malaysia (MCA) di sini, kelmarin.
Turut hadir, pengerusinya, Datuk Seri Micheal Chong, dan Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhammad Khairun Aseh.
Bapa mangsa, Encik Radin Mohd Nor Ashikin Osman, 38 tahun, berkata beliau dihubungi guru sekolah meminta mengambil anaknya yang mengadu sakit perut.
Beliau yang tinggal di Setapak, kemudian membawa anaknya ke Klinik Teluk Intan.
Namun, kesakitan yang dialami anak sulungnya semakin teruk sebelum merujuknya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).
TiS
Pengalaman penulis sendiri yang mempunyai anak yang tinggal di asrama, kengkadang sikap guru juga perlu ditegur. Terkadang anak-anak dihukum bukan kerana tidak bersembahyang, tetapi hanya kerana tidak sempat berjemaah di surau sekolah. Berlaku juga kerana hanya seorang yang tidak berjemaah, satu bilik yang dihukum. Tetapi yang peliknya, guru yang menghukum itu sendiri tidak berjemaah!
2 comments:
Kalau tanaya puak pakaatan.... jawapannya SALAH UMNO..... He he he .... Selamat Hari Raya...maaf zahir batin
Salahkan cikgu dan warden yang lembik dan tak bertanggungjawab!
..sebab tu masih ada yang suka membuli.
Post a Comment