TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Wednesday, August 8, 2012

TEMA DAH LAIN, HARIPUN KENALAH LAIN-LAIN

Ini politik kejadah apa ni? Sampai tema menyambut Hari Kemerdekaanpun nak dipolitikkan. Silap-silap yang sibuk nak berlainan tema tu, tok nenek mereka langsung tak memperjuangkan kemerdekaan tanah air, itu yang sampai ada yang mengatakan komunis juga menyumbang kepada kemerdekaan negara.

Mulanya ingatkan setakat nak berlainan dari kerajaan Persekutuan, rupanya dalam negeri-negeri Pakatanpun mereka tak sepakat. Mereka sepakat pakat-pakat buat tema sendiri.
Kelantan          - Menerajui Perubahan
Kedah              - Terus Berbakti
Selangor           - Sebangsa, Senegara, Sejiwa
Pulau Pinang    - Budaya Bersih, Merdekakan Rakyat

Kalau dah alang-alang semua negeri tu bertemakan tema sendiri, elok juga masing-masing tetapkan Hari Kemerdekaan yang berasingan. Baru gah gitu!

Kalau tengok kepada tema yang diambil oleh negeri Pakatan tu, semuanya ada unsur janji. Kelantan berjanji nak menerajui perubahan, Kedah berjanji nak terus berbakti, Selangor berjanji nak jadikan rakyatnya satu bangsa dan Pulau Pinang berjanji nak merdekakan rakyat DAP yang masih tidur kerana menyangka mereka masih tak merdeka lagi.

Kalau dah semuanya ada unsur janji, apa silapnya tema peringkat Kebangsaan yang berbunyi Janji Ditepati? Rupanya puak Pakatan cuma mahu berjanji tetapi tak mahu ditepati kerana janji mereka yang sukar-sukar yang menjanjikan bulan, bintang dan syurga. Itu yang mereka takut dengan tema Janji Ditepati.

Sudah-sudahlah wahai orang politik! Berpatutanlah kalau ingin menjual politik. Jangan sampai isu-isu nasional dan kenegaraan juga nak dipolitikkan. Jangan ajak rakyat berperangai kebudak-budakan dan menyanyah macam kamu. Malu dengan budak-budak yang lebih menghargai dan memahami hari dan semangat Kemerdekaan!



No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI