Siapa kata orang Felda tak sayang PM? Bohong. Semalam, bertempat di Dataran Niaga Felda Bukit Besar, dibuat satu ceramah sempena penutup Syawal, meraikan 55 tahun Janji Ditepati dan menyatakan "We Love PM". Hampir 2000 orang hadir dan yang hadir itu 100% warga Felda, totok Felda kecuali YB Wakil Rakyat iaitu Dato' Baderi Hj Dasuki (Panti), Datuk Dr Adham Baba (Pasir Raja) dan penceramah undangan Datuk Nasir Safar dan En A Murad dari BTN Johor. Seorang lagi penceramah, Saudara Mandzri Hj Nasib, Timbalan Pengarah Seranta Felda juga anak peneroka Felda!
Di tempat yang sama juga pada 7 September yang lepas, General PAS, Hadi Awang datang siap dengan berkompang, juga hampir 2000 yang hadir, tetapi dari tinjauan mata aku sebagai penduduk di sini, 85% adalah muka asing yang datang ke Felda menjadi Pak Sibuk yang rasanya langsung tak kenal mana satu biji sawit dengan biji getah.
Ceramah yang menjawab segala tohmahan yang dilemparkan oleh pemimpin ANAK dan PAS pada 7 Sep itu memberikan gambaran yang jelas kepada warga Felda tentang niat dan hasrat yang tersirat di sebalik politik pembangkang. Penceramah pada malam semalam, terutamanya Datuk Nasir Safar telah berjaya menaikkan semangat warga Felda dan laungan-laungan yang kedengaran dari hadirin semasa ceramah, jelas menunjukkan warga Felda benci dengan pengacau yang menjual tohmah dan temberang untuk mencapai cita-cita politik tanpa berani menepati janji sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh kerajaan BN.
Majlis di Felda Bukit Besar semalam yang dianjurkan oleh Seranta Felda dengan kerjasama UMNO Bahagian Tenggara, UMNO Cawangan Felda Bukit Besar dan JPMM DUN Pasir Raja telah berjaya menunjukkan nesan kepada pemimpin ANAK dan PAS yang beria-ia mahu memecah belahkan keharmonian warga peneroka dengan usaha mereka yang tak sudah-sudah mendoakan keruntuhan ekonomi warga Felda dengan menghasut warga Felda agar menolak FGVH walhal itulah wawasan ekonomi jangka panjang untuk warga Felda.
Peneroka Felda Bukit Besar berjaya memalukan General PAS, Hadi Awang dan General ANAK, Mazlan Aliman. Kalau dinilai dari pangkat General yang turun berbanding cuma sekadar Koperal atau Sarjan UMNO sahaja yang memeriahkan majlis pada malam tadi, sahhh.... orang Felda menolak politik pembangkang yang tak berani menyahut cabaran Janji Ditepati.
Kejayaan majlis ini juga menunjukkan bahawa pihak BN "wajib" bersegera mengadakan ceramah di mana sahaja pihak pembangkang telah berdiri menjual tohmah dan temberang politik mereka untuk membolehkan segala tohmah dan temberang itu dijawab. Sesungguhnya dengan sedikit kerja keras dan keikhlasan, BN mampu merampas kembali kegemilangannya kerana pembangkang hanya menjual tohmah dan temberang, manakala kita menjual janji...JANJI YANG MAMPU DITEPATI.
Nota:
Mampukah Mazlan Aliman mengumpul seramai ini di kampung halamannya? Ini baru setakat ADUN yang datang. Kalau MB atau PM yang datang rasanya ....kalau yang datang tu seorang sekali aje jentik Mazlan, tiga bulan bengkak tak hilang. Ha...ha...ha...baik ko nyawit aje Mazlan hoiiii!
3 comments:
makan free..maka berduyun2lah dan berbondong2 lah...hehe..apa ada...
org2 felda..malas aku nak komen..
ribut melanda pun masih tak sedar lagi..bnyk maksiat dah kat sana tu..
Jangan irihati dengan sokongan orang felda kepada Barisan Nasional...Janji ditepati
Post a Comment