TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, September 30, 2012

IBLIS DARI LUAR PENGERANG SUKA WARGA PENGERANG MISKIN


Kalau mengikut laporan MKini, cuma sekitar 3000 orang sahaja yang menghadiri Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Dataran Sungai Rengit.

Betul ke penduduk Pengerang menolak projek RAPID? Kalau betul penduduk Pengerang yang menolak projek RAPID, tak perlulah mengimpot penunjuk perasaan sejauh Pahang dan lain-lain kawasan untuk menyatakan bantahan yang cuma mengumpulkan sekitar 3000 orang sahaja.

Perlu diketahui, pengundi berdaftar di Pengerang mungkin melebihi angka 35,000 orang pada ketika ini. Kalau benar penduduk Pengerang membantah, perlu apa membawa berbas-bas penunjuk perasaan dari luar hanya untuk mengumpulkan sekitar 3000 orang? Apakah tidak ada sejumlah 3000 orang dari 35,000 pengundi berdaftar di Pengerang yang membantah RAPID? Dari 3000 yang berkumpul pagi ini, berapa ratus penduduk Pengerang?


Paling bagus ialah, mengapa Mazlan Aliman yang berucap telah disambut dengan sorakan "boo"? Yang jelasnya ialah bukan orang Pengerang yang menolak RAPID, tetapi iblis-iblis dari luar yang tak suka melihat penduduk Pengerang menikmati pembangunan serta kemakmuran ekonomi. Mereka yang datang dari luar ini, sanggup berbuat apa sahaja untuk menggagalkan RAPID apatah lagi sekiranya berjaya projek RAPID ini akan memberi manfaat yang bukan sedikit kepada penduduk Pengerang dan sekitarnya yang majoritinya ialah Melayu dan warga FELDA.

Rakyat Johor yang sukakan kemakmuran dan pembangunan, sudah sampai masanya bersuara dengan tegas agar iblis-iblis dari luar ini tidak lagi datang mengganggu gugat kestabilan ekonomi dan politik Johor. 


1 comment:

Anonymous said...

pas sekali lagi dikudakan dap yg ceredik. pusat penapis minyak tu dah lama ada di msia. di port dikson salah satu tempat pemprosen minyak. offer gaji puluh ribu pada yg kerja di situ.

boddo punya pas....

ARTIKEL HANGAT BULAN INI