Aku akui, aku ni kerap juga mencuri dengar ceramah-ceramah PAS. Suka dengar sebab mana le tau kalau-kalau ada le poin-poin yang membolehkan aku tergerak untuk mengisi borang PAS! Puas aku memikirkan, dimana isi ceramah PAS yang mampu meyakinkan aku bahawa PAS ini sebenarnya memperjuangkan nasib orang Islam dan Melayu.
Dari setiap ceramah PAS yang pernah aku hadir, tak satupun dapat meyakinkan aku bahawa PAS ini nanti jika berkuasa akan dapat menjamin nasib aku sebagai Islam dan Melayu. Mengapa tidak? Ini kerana dalam setiap ceramah PAS, yang asyik dikondem dan dihentamnya hanyalah UMNO yang majoritinya Islam dan cuma sedikit sahaja yang beragama lain.
Bagi aku, memperlecehkan UMNO, samalah dengan memperlecehkan Islam dan Melayu. Seburuk-buruk UMNO, sudah terlalu banyak yang telah disumbang untuk pembangunan Islam dan Melayu semenjak merdeka. Apa pula yang pernah disumbang oleh PAS untuk Islam dan Melayu selain dari hanya meminta sumbangan setiap kali ceramah!
Mengapa tidak ada keberanian untuk penceramah PAS mengutuk dan memperleceh MCA dan MIC? Walhal MCA dan MIC juga duduknya dalam Barisan Nasional. Untuk menumbangkan Barisan Nasional kenapa mesti PAS memilih UMNO untuk diperleceh dan diperlekeh? Apakah apabila goyahnya UMNO, PAS mengharapkan MCA dan MIC akan memberikan sokongan? Jangan harap! Dengan goyahnya UMNO, maka PAS tak perlu dijentik, cukup hanya dikuis oleh DAP dari Pakatan dan terkontang-kantinglah PAS. Ketika itu tidak mustahil ahli-ahli MCA dan MIC akan bernaung di bawah DAP.
Apakah apabila dah terantuk sebegitu barulah PAS mahu sedar bahawa UMNOlah yang memiliki Islam dan Melayu yang sewajarnya diajak bekerjasama? Sekiranya dominasi kuasa Islam dan Melayu sudah hilang pada ketika itu, tidak ada gunanya lagi. Ingatlah wahai PAS, pakat mereka ialah pakat-pakat memperkudakan Melayu dan Islam. Sebagaimana gambar di atas, sekuat manapun PAS, kalau dah sentiasa di bawah, akhirnya walaupun besar, PAS jugalah yang cepat mengah dan kepenatan!
3 comments:
dalam pas adalah org melayu. melayu tak akan dengki dgn bangsa lain kecuali dgn melayu juga. lebih2 lg kalau melayu itu berjaya. samalah spt pas dengkikan umno, krn umno telah bertahun2 berjaya membawa perubahan kpd pembangunan negara. apa yg pas boleh buat selain menebalkan rasa dengki sehingga ke tulang sum-sum...
Salam Perjuangan Tuan...
Jika tidak keberatan, bolehlah kiranya Tuan link kan blog sya diruangan 'Blog List' Tuan.
Utk pengetahuan Tuan, blog hebat Tuan tlh pun sya letakkan & menjadi blog pilihan di ruangan 'Blog List' saya.
TQVM diatas kerjasama yg diberikan.
Jgn kata dlm politik. Di tmpt kerja aku pun perangai Melayu ni sanggup pakat dgn bukan Melayu utk tikam Melayu. Janji dpt pangkat & duduk dlm "good book". Yg bukan Melayu senyum meleret bila tengok scenario yg masuk belah mereka. Kepala atas sekali Melayu jgk tp "keras bijik" tak bertempat.
Post a Comment