Saham FGV jatuh merudum. Semakan pada pukul 2.10 petang tadi menunjukkan harga saham FGV ditawarkan pada harga RM4.61 sahaja iaitu cuma 5 sen lebih tinggi dari harga tawaran permulaan.
Orang yang paling sibuk sekarang ini ialah Mazlan Aliman. Dia mungkin sudah hampir mahu mendabik dada mengatakan telahannya benar! Tetapi betulkah telahannya bahawa FGV akan gagal? Belum tentu....trend pada masa sekarang bukan sahaja saham FGV yang menurun, malah saham-saham lain juga arah alirannya menurun.
Tetapi dapatkah ANAK dan Mazlan membantu warga Felda? Setakat melalak sahaja tanpa dapat menyumbang apa-apa, tak ada gunanya. Patutnya dalam keadaan saham yang murah dan dilambakkan ini, Mazlan dan ANAK perlu ambil peluang untuk memborong segala yang ada dan seterusnya menguasai FGV.
Setakat melalak dan mengatakan bahawa ANAK mempunyai sokongan ratusan ribu warga Felda, tak ada gunanya. Cuba terjemahkan, kalau betul ada sokongan ratusan ribu, kerah setiap seorang membeli sekurang-kurangnya 1,000 unit, tentu nanti ANAK mempunyai suara dalam FGV dan tidak mustahil menguasainya. Dengan cara ini barulah betul perjuangan ANAK untuk membantu warga Felda, bukannya bertepuk tangan melihat kegagalan.
Tapi nak cabar Mazlanpun tak guna. Dia hanya boleh bercakap. Dia nak beli dengan apa? Dia nak jual apa? Nak cagar apa? Bergerak ke hulu-ke hilirpun atas ihsan orang lain. Kalau tak ada yang tabung tin MILO semasa ceramah, maka setakat pusing Felda Bukit Ramun aje lah.
No comments:
Post a Comment