TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

IKUTI TiS DI FB

Tuesday, September 11, 2012

SOI LEK MENGAKU TERIMA 16 BILION

Presiden MCA, Chua Soi Lek mengaku telah menerima wang sebanyak 16 bilion. Diharapkan agar pihak Pakatan agar segera melaporkan hal ini kepada SPRM. Bagaimanapun Soi Lek menyatakan, dia tidak tahu siapa yang memberikan wang sebanyak itu kepadanya. Ini mesti boleh jadi kes besar. Mana Rafizi yang suka dengan benda-benda yang besar ni? Berikut antara berita yang telah disiarkan oleh MKini;

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telah menerima dua keping 'wang kertas orang mati' - yang setiap satu bernilai 'lapan bilion' - bersama dengan keratan akhbar yang dihantar kepadanya dalam satu sampul surat pagi semalam. 

Sambil menunjukkan wang kertas itu serta keratan akhbar berkenaan kepada pihak media petang tadi, selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden MCA, Chua menyifatkan tindakan itu sebagai satu "ancaman mati" terhadapnya. 

Keratan akhbar itu, dipercayai dari akhbar Sin Chew Daily, adalah mengenai komen Presiden organisasi pendidikan Cina, Dong Zong, Yap Sin Tian (kanan) mengenai pewujudan semula sekolah tinggi persendirian Cina di Segamat. 

Chua berkata wang kertas itu adalah ancaman mati terhadapnya kerana ianya dihantar kepadanya sekarang - iaitu pada bulan ketujuh kalendar Cina, yang merupakan bulan 'Hantu Lapar'. 

"Setiap kali saya berkata sesuatu, mereka akan marahi saya. Jika saya tidak berhati-hati, saya boleh menjadi hantu," katanya. 

Bagaimanapun, Chua menegaskan bahawa beliau tidak merasa terancam dengan taktik kotor seumpama itu.

Ha...ha...ha..., agaknya Cina mana le yang mahu Soi Lek jadi hantu?


2 comments:

Anonymous said...

Eeeeeeeeeee. Takut, ler.

Hantu Seks nanti main bantai saja.

Anonymous said...

Dah lama dia jadi hantu pun. Khik khik.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI