DS Najib menjawab di Parlimen bahawa Lebuhraya Eastern Dispersal Link (EDL) Johor Bahru tidak dikenakan tol. Bagi warga Johor Bahru yang pernah melalui lebuhraya tersebut, memang tak pernah nampak apa-apa tanda bakal wujudnya pondok tol di lebuhraya tersebut. Maka apa yang nak dikisahkan sangat dengan soal kena atau tidaknya tol itu?
Namun yang peliknya, Lebuhraya yang memudahkan laluan untuk masuk dan keluar Singapura itu menarik minat wakil DAP. DS Najib terpaksa menjawab soalan bertulis di Parlimen kerana ia dikemukakan oleh wakil DAP. Kalau yang bertanya itu wakil DAP dari Negeri Johor, kira OK juga. Tetapi soalan ini datangnya dari MP DAP Rasah, Negeri Sembilan! Apa istimewanya lebuhraya EDL Johor Bahru ni kepada DAP Negeri Sembilan? Apakah pemimpin DAP ini memang kerap menggunakan lebuhraya EDL ini untuk ke Singapura berjumpa sifu mereka? Kalau tiada kepentingan, buat apa mereka nak sibuk dengan nasib rakyat Johor?
No comments:
Post a Comment