TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Friday, September 7, 2012

MAK BIJAK - SELESAI MASALAH

Guru-guru  sebuah sekolah di bandar Shenzhen, selatan China pada mulanya amat risau apabila menerima kembar empat yang seiras mendaftar sebagai pelajar di sekolah mereka.

Diberitakan, kembar tersebut  yang berusia 6 tahun sangat seiras hingga menyebabkan bapa mereka juga sukar untuk membezakan anak-anaknya yang diberi nama Jiang Yunlong, Jiang Yunxiao, Jiang Yunhan dan Jiang Yunlin.

Menyedari masalah guru-guru untuk membezakan anak-anak mereka, ibu kepada kembar ini telah mengambil langkah yang dikira kreatif juga untuk menyelesaikan masalah. Dengan langkah tersebut, bukan sahaja guru, malah rakan-rakan kembar ini juga senang untuk membezakan kembar-kembar tersebut. Bagaimana caranya? Seperti gambar di bawah ini. Fesyen rambut bernombor!!!



No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI