Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan berkata, notis-notis temusiasat kepada pesalah trafik yang dikesan oleh JPJ semasa Ops Selamat 2012 sedang diedarkan dan pesalah yang gagal menghadirkan diri untuk temusiasat tersebut akan disenaraihitamkan.
Perlukah proses temusiasat tersebut? Ini kerana menurut Solah, "Apabila kami menyamar, kami mengambil gambar anda sedang memotong di garisan berkembar, memotong barisan, gagal mematuhi lampu isyarat dan sebagainya. Nombor kenderaan kami ada dan daripada nombor kenderaan itu kami dapat pemilik kenderaan."
Kalau semua bukti, gambar dan sebagainya dah ada, apa perlunya temusiasat? Keluarkan sahaja saman. Mana yang tidak berpuashati, biarlah mereka yang meminta untuk bertemu dengan JPJ. Buat apa nak menyusahkan sehingga perlu nak ditemusiasat dahulu baru nak keluarkan saman. Nak hadir temusiasat tu perlukan masa, perlukan tambang dan silap-silap perlu ambil cuti.
Apakah Solah tak yakin dengan segala bukti yang dikumpul oleh anggota penguatkuasa JPJ? Atau kakitangan JPJ ada banyak masa untuk buat photoshop gambar-gambar yang diambil?
Dalam zaman yang serba mudah ini, tak usahlah menyusahkan rakyat dengan karenah yang bukan-bukan. Kalau nak saman, saman sahaja. Yang kena saman itupun dah tentu menyampah nak jumpa dengan JPJ apatah lagi sekiranya mereka disusahkan dengan temujanji. Akhirnya nanti, JPJ yang banyak songel, UMNO juga yang salah!!!
5 comments:
Bkn arahan court pon...
My time is more valuable than just a chit chat 2 get a summon!
Stupid.
Anonymous 8:43
so your time is more important than your life la???hahaha.....please la...think +ve.....
pernah kena saman langar lampu merah, tapi kalau JKR yang buat salah macam mana ???, lampu kuning patut 5 saat jadi 3 saat je kat area 90, tambah lagi kat jalan Lumut Ipoh kejap2 kena berhenti stress wooooo.
patut JKR seragamkan kalau nak percepatkan lampu kuning pun kena sediakan lampu hijau berkelip 5 x macam kat KL, atau lampu led masa. kalau ada ni kena saman pun puas hati.
Yang memotong di garisan berkembar tu tak boleh nak tolong kecuali saman juga orang yang memandu kat depan ada ke memandu 60KMJ kat area 90KMJ. buat hati panas je.
Di Seri Kembangan kawasan Bandar Putra Permai.Yang buat perancangan bandar pun bangang! Dah tau nak develope kawasan yang ada lebih kurang 80,000 biji rumah, jalan keluar ada tiga aje. Dah tu buat lampu isyarat dekat dekat. Keluar masuk sesak nak mampus. Ingat boleh sabar ke ikut barisan hari hari? Yang JPJ tau hanya nak menyaman aje...
Anon 9.21...
U dont really like to read do u?
Or very occasionally read stuff..
Pls enlighten me what do i get if i already being summon wif all the so called evidence...then had to go and wait...and wait...and then someone just call me and say..hey u sudah pandu laju..u setuju??ini ade bukti kamera video bla bla..ape u nk buat kalo itu jd kat u??
U ade anak nk sekolah..ade keje byk...and pls read the article thoroughly!
So tell me ape yg positif dtg ofis JPJ just 2 be humiliated?
Dahla kena saman lg...u x fhm?
Post a Comment