Banner Sambutan Hari Raya ANAK mengesahkan bahawa ANAK bukanlah mewakili peneroka FELDA, tetapi hanyalah alat PAS untuk memporak perandakan keharmonian yang wujud dalam FELDA.
Kalau mengikut canangan ANAK, bukan main ramai lagi dikalangan pengurusan tertinggi FELDA yang menyokong mereka. Peliknya, mengapa undangan khas untuk majlis Hari Raya mereka dipenuhi dengan tokoh-tokoh PAS? Mana perginya tokoh-tokoh tertinggi FELDA yang dikatakan menyokong perjuangan ANAK?
Agak musykil juga dengan sambutan Rumah Terbuka ANAK ini. Musykil yang paling besar sekali ialah mengapa Rumah Terbuka ANAK ini diadakan di Felda Bukit Besar? Mengapa tidak di Felda Bukit Ramun, sedangkan Mazlan adalah waris kepada peneroka Felda Bukit Ramun? Kenapa Mazlan mesti menumpang di halaman orang yang hanya berjarak lebih kurang 4km sahaja? Apakah Mazlan takut untuk berkokok di halaman sendiri? Dataran Pasar Lambak Felda Bukit Ramun jauh lebih besar dan selesa dari Dataran Pasar Lambak Felda Bukit Besar.
Bagaimanapun, aku yakin Rumah Terbuka ANAK ini akan mendapat sambutan tetapi bukanlah sambutan dari anak-anak FELDA. Aku yakin yang bakal hadir nanti hanyalah anak didik PAS yang datang entah dari pelosok mana yang bukannya dari kalangan anak atau warga FELDA yang percaya buah sawit berwarna hijau.
Cuma ingin juga bertanya kepada warga Felda Bukit Besar, apakah kamu semua rela halaman kamu diperguna oleh Mazlan Aliman?
No comments:
Post a Comment