TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Thursday, September 6, 2012

HADI AWANG DAH JADI PELUPA - WAJIB BERSARA


Hadi Awang sedar ke tidak bila dia mengeluarkan kenyataan di bawah ini;
"Umno sanggup bermusuh dengan Pas dan kerajaan pimpinan Pas kerana Islamnya, lebih dahsyat daripada bermusuh dengan kaum lain.
Selain itu, Hadi Awang juga keluarkan kenyataan yang dah macam fatwa pulak;
"Kalau mahu selamatkan Melayu dan perkasakannya, wajib masuk Pas yang mendaulatkan Islam, bukannya masuk Umno yang memikul Islam tanpa pelaksanaan sepenuhnya setelah lebih satu abad memikul amanah. Inilah pembetulan yang wajib dilakukan."
ruj: SinarHarian.

Aku rasa Hadi Awangpun dah ada sakit nyanyuk dan pelupa. Nak tanya dengan Hadi Awang, siapa yang bermusuh dengan siapa? Muktamar PAS atau Persidangan UMNO yang menolak kerjasama antara UMNO dan PAS? Kalau Hadi Awang lupa, mungkin video di bawah ini boleh membantu ingatan Hadi Awang.

Hadi mengeluarkan kenyataan di atas kerana kononnya ingin mengingatkan orang Melayu agar tidak menyalahkan orang lain sekiranya Melayu terpinggir dan meminta orang Melayu masuk PAS.

Bab tak salahkan orang lain ni aku sokong le, tapi patutnya Hadi Awang kena akui bahawa kalau Melayu terpinggir dan berpecah belah, maka PASlah yang menjadi penyebabnya. Memang tak perlu salahkan orang lain, cukup dengan hanya menyalahkan PAS!


3 comments:

Anonymous said...

penghasut tegar!. betulkan?.

Anonymous said...

YA, YA, YA.

tungkaran hati said...

Sejak bila pulak PAS jadi pejuang untuk bangsa Melayu ?

ARTIKEL HANGAT BULAN INI