TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Saturday, September 29, 2012

NUAR SILAP, BUKAN BUDGET YANG BUAT DS NAJIB POPULAR

Nuar Berahim mendakwa bahawa Budget 2013 yang dibentang oleh PM hanyalah untuk menaikkan popularitinya. Nuar Berahim ni ingat rakyat bodoh ke? Rakyat sekarang dah boleh menilai. Malah apa yang diberikan oleh DS Najib melalui pembentangan budgetnya merupakan sesuatu yang memang diharapkan dan telah diduga akan ditunaikan oleh DS Najib selaku PM.

Mungkin Nuar dah terbiasa semasa zamannya membentangkan budget hanya untuk mengenyangkan kroninya, maka sebab itulah dituduhnya juga budget ini hanya untuk kroni PM. Kalau betul untuk kroni, maka ramailah yang kroni PM! Semua yang mendapat manfaat adalah kroni PM, maka eloklah Nuar lupakan cita-citanya untuk menjadi PM ke 7.

Budget 2013 ini juga menambah populariti DS Najib. Kalau Nuar Berahim kata apa yang ditawarkan oleh budget ini yang menyebabkan DS Najib popular, sebenarnya Nuar salah. Apa yang menyebabkan DS Najib bertambah popularitinya selepas Budget 2013 ini ialah pakaiannya! DS Najib bertambah popular dikalangan penyokong PAS. Penyokong PAS bangga DS Najib sudi memakai sepasang kurung hijau yang hijaunya laksana hijau PAS. Boleh lihat hal ini di laman-laman FB penyokong PAS.


Ini merupakan satu penghormatan kepada ahli PAS. DS Najib juga bangga dengan berbaju kurung hijau dan tentunya DS Najib lebih bangga lagi kalau ahli-ahli PAS akan turut sama menyokongnya, bersama-sama berganding bahu melaksanakan Gagasan 1 Malaysia untuk kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat serta sama-sama membentuk kekuatan untuk Islam dan Melayu!


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI