TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Saturday, September 29, 2012

NIK AJIS MAHU BAJET KEROHANIAN?

Nik Ajis kata bajet 2013 banyak gula, kurang kerohanian. Katanya bajet tersebut tidak akan membawa manusia kepada ketakwaan kepada Allah.

Sebenarnya yang kurang kerohanian dan kurang ketakwaan ialah puak pembangkang. Jenis manusia yang tak tahu berterima kasih dan bersyukur! Selaku kerajaan, bukan senang untuk menunaikan segala permintaan rakyat. Patutnya pemimpin pembangkang ajak pengikut bersyukur dengan apa yang didapati, bukannya merungut. Ajak pengikut tahu melahirkan rasa syukur. Bajet yang kerajaan umumkan itu juga merupakan rahmat dan nikmat dari Allah jua. Yang lain itu hanya lantaran sahaja. Kalau tahun ini rasa ada kekurangan, ajak pengikut dan penyokong berdoa ke hadrat Illahi, agar bajet tahun depan akan dapat yang lebih baik lagi. Itu baru sikap orang yang bertakwa. Jangan pandai komplen aje. Sedangkan bapakpun tak boleh penuhi semua kehendak anak-anak. 

Agaknya belanjawan kerohanian yang Nik Ajis mahu yang bagaimana agaknya? Nak tengok juga belanjawan Kelantan untuk 2013 nanti. Apakah nanti ada elaun untuk orang yang ke masjid? Ada peruntukan besar untuk membina masjid? Atau akan ada peruntukan untuk tempah lebih banyak tong derma untuk diletakkan di merata tempat agar rakyat boleh beramal dengan derma jihad? Sama-sama kita tengok bajet Kelantan nanti, samada mereka buat bajet yang banyak gula atau yang banyak cuka!!!

Kalau dah dasar tak tahu bersyukur dan memang jiwa pengkhianat, maka bukan orang lain yang akan bercakap, bekas ahli dan pemimpin PAS sendiri yang akan membuka pekung PAS sebagaimana gambar di bawah ini.




1 comment:

usin said...

aku harap bajet kerajaan negeri kelantan kelak akan ada peruntukan elaun sembahyang jemaah kt masjid. kira mcm galakan la. mula2 tu anggap mcm satu tarikan ke mesjid sbb ada elaun. lepas tu bila dh cinta serta rindu mengimarahkan masjid, elaun tu dh jd no 18 dah. ok ke idea mcm ni. bukan menyindir pakcik nik aziz, tp menyumbang idea ke arah rakyat bertakwa. pas perlu buat dulu sebelum najib copy paste utk bajet malaysia 2014.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI