TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Monday, September 24, 2012

PAS MEMANG DENGKI TENGOK RAKYAT MAKMUR

Perangai PAS memang dengki untuk melihat rakyat menikmati kemakmuran ekonomi, terutama kalau ianya melibatkan ramai orang Melayu. PAS masih suka melihat orang Melayu terkais-kais mencari makan dan tinggal dalam persekitaran yang serba kekurangan.


Projek RAPID Pengerang adalah projek yang akan memberikan banyak kebaikan kepada rakyat dan generasi akan datang. Projek yang akan menjana banyak peluang pelaburan dan pekerjaan. Projek yang akan memakmurkan bumi Pengerang dan sekitarnya. Malahan ada puluh ribu warga Felda berhampiran dengan projek RAPID Pengerang yang kesemuanya Melayu yang bakal sama-sama dapat tempias dari projek bernilai berbilion ringgit itu.

Kenapa PAS dengki sangat? Apa alternatif yang mampu PAS tawarkan. Apa pelan pembangunan yang pernah PAS usulkan untuk ekonomi orang Melayu? Apa PAS memang mahu dan suka orang Melayu sekarang dan akan datang berterusan sebagaimana sebahagian orang-orang PAS yang tanpa segan silu mengusung kotak derma disetiap ceramah? Kalau ekonomi partipun masih nak mengharapkan sumbangan orangramai, bagaimana PAS nak cerita fasal ekonomi?

Wahai orang-orang Pengerang, bukalah mata, sedarlah, Himpunan Hijau PAS hanyalah himpunan hijau tahi lembu yang tak menjadikan apa-apa. Tetapi RAPID Pengerang adalah Himpunan Hijau Petronas yang bakal membawa kemakmuran dan kesenangan kepada anda dan generasi anda dimasa akan datang. Jangan salah sokong, jangan salah pilih.


1 comment:

Anonymous said...

kata kuncinya adalah

`tanpa mengambilkira kepentingan nasib dan masa depan rakyat Pengerang'

Tuan perlu faham pembangkang sekarang sedang menangguk di air keruh diatas ketidakcekapan jentera kerajaan Johor dalam menyelesaikan perkara asas berkaitan dengan pampasan yang menyebabkan penduduk gelisah dan kesempatan ini dimanupulasi oleh pembangkang.

Cuba tuan buat kajian sedikit kenapa sehingga sekarang kerajaan Johor masih masih belum diumumkan kadar pampasan sehingga menimbulkan kegelisahan secara menyeluruh kepada penduduk pengerang terutama di 3 kampung yangperlu pindah tahun depan.

Perkara yang memberikan menafaat kepada negara (RAPID) boleh gagal disebabkan oleh sikap tidak acuh kerajaan negeri.

Pembangkang tidak akan ada peluang sekirannya perkara ini diselesaikan `SEGERA' dengan kadar pampasan yang berpatutan (win win). Kerana penduduk asal memang menyokong dan bersedia berpindah demi pembangunan.

Cuba ketuk sikit pejabat MB tu.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI