Semalam di Tenggara memang dingin. Apa tidaknya, petang dah hujan, kemudian malamnya juga hujan berselang seli turun. Yang syoknya ANAK dan PAS buat program ceramah di Felda Sungai Sayong. Kalau post sebelum ini aku ceritakan pasal Mazlan Aliman yang melalut, kali ini aku ceritakan pulak pasal Cikgu Mala.
Cikgu Mala ni rupanya memang kaki bercakap. Tapi ceramahnya tak ada isi. Apa yang terlontar dari mulutnya tak ubah seperti bebudak baca karangan. Patutlah dulu dia gagal meyakinkan pengundi DUN Tenang. Tentang isi karangan Cikgu Mala ni, tak ada apa yang seronok untuk diulas, cuma diakhir karangannya, dia masih lagi mengeluh kerana berjauhan dengan lakinya. Tapi malam tadi lakinya tetap ada di sisi dia sehingga larut malam walaupun esoknya terpaksa mengajar. Nampaknya mengajar sambil menguaplah Cikgu Maarof.
Aku cakap Cikgu Mala ni gila bercakap sebab, korang tengok le gambar di bawah ini. Gambar pertama ialah di lima minit pertama Cikgu Mala baca karangannya.
Manakala gambar kedua ini ialah selepas sepuluh minit Cikgu Mala baca karangan. Sebab puak PAS dan Cikgu Mala sendiri menjanjikan air percuma sekiranya Pakatan memerintah, maka mereka dapat air percuma dari langit. Baru kena air sahaja, dah lintang pukang orang PAS lari meninggalkan Cikgu Mala menghabiskan membaca karangannya. Kesian, walaupun kosong dan lapang di hadapannya, Cikgu Mala tetap terus membaca karangannya sehingga habis. Lebih dari sepuluh minit, Cikgu Mala bercakap dengan air hujan. Mungkin untuk mendendangkan Mazlan Aliman untuk tidur lena pada malam semalam.
Apapun, rumusan dari program semalam, walaupun di lain tempat orang terkesima dengan Cikgu Mala, tapi di Tenggara bukan kata orang UMNO, orang PASpun malas nak datang. Kalaupun ada yang terkedu melihat senyuman Cikgu Mala, aku rasa cuma Mazlan Aliman aje! He...he...he....lain kali jangan buang masa kat Tenggara, cuma dapat makian aje sebab ganggu orang nak rehat. Sepatah kata rakan FB aku, kalau setakat ramai tu yang datang, tak payah pakai copong (pembesar suara), berbisikpun semuanya dah dengar.
3 comments:
Ramai nyerrrrr !! kompem Umno yg edit gambo ni...hikhikhikhikhik
Hujan la bro...nampak tu air bertakung...org kampung ngentot kat rumah lagi baikk!
ceh. kalau dah umngok punye balaci gambar ambik kt port2 sikit org je..
hujan2 dalam 100 orang datang. umgok ade??
Post a Comment