TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Monday, October 22, 2012

MAZLAN, JANGAN PANDAI MELALAK AJE

Ini adalah tajuk ceramah Mazlan di Felda Sungai Sayong lewat malam semalam. Selain Mazlan ada juga Cikgu Mala. Bab Cikgu Mala, biarlah esok aku tulis. Kali ni aku nak tibai Mazlan Aliman aje.


Kalau nak menuduh memang mudah. Senang aje cakap FGVH penyebab harga sawit merudum. Apa alasannya? Aku nak tau juga, apa tindakan ANAK untuk membantu menaikkan semula harga sawit? Aku tanya begini kerana ANAK memang berharap agar harga sawit dan saham FGVH merudum. Itu akan memberi keuntungan politik kepada Pakatan yang seboleh-bolehnya mahu memenangi undi Felda.

Kalau betul ANAK nak bantu orang Felda, mereka bukannya bertepuk tangan atau bersekongkol dengan mereka-mereka yang menyebabkan kejatuhan harga sawit ini. Hal ini mungkin Mazlan lebih tahu.

Kejatuhan harga sawit sekarang ini pada pandangan aku bukanlah satu kejatuhan yang semulajadi, tetapi kejatuhan yang dibuat-buat. Aku kata dibuat-buat ialah mengapa di peringkat kilang, stok minyak sawit melambak-lambak tetapi di rak-rak kedai runcit dan pasar raya minyak sawit seolah-olah dalam peringkat catuan? Kalau di pasaran kekurangan minyak, mengapa boleh berlaku lebihan di peringkat kilang hingga sesetengah kilang terpaksa menolak buah sawit hingga menyebabkan sawit jatuh harga?

Apa tindakan ANAK untuk memastikan bahawa sememangnya ada permintaan di pasaran untuk minyak sawit ini dan bukannya disekat dari sampai ke pengguna sehingga minyak sawit tidak dapat dikeluarkan dari kilang? Sesiapa yang biasa ke pasaraya dan berbelanja, mungkin sedar akan kekurangan minyak sawit di pasaran kebelakangan ini. 

Untuk itu, aku cabar ANAK untuk memastikan pemborong yang kebanyakkannya suku sakat DAP tidak menyekat bekalan minyak untuk sampai ke pasaran sehingga menyebabkan lambakan minyak sawit di peringkat kilang walhal bekalan minyak sawit di pasaran sangat terhad pada ketika ini. 

Bukan FGVH yang menyebabkan harga sawit merudum, tetapi pemborong yang didalangi oleh Pakatan dan mungkin juga ANAK yang mahu menimbulkan kemarahan kepada pekebun kecil dan warga Felda dengan harapan juak-juak Pakatan akan dapat undi mereka pada PRU 13 nanti.


6 comments:

Anonymous said...

semakin agresifpembangkng meracuni pemikiran warga felda khususnya generasi ke-2.seorg anak peneroka dr felda bukit ramun (kawan sy) terangan kata xsokong kerajaan dan lbh percaya pembangkng spt mazlan ini...pihak Umno perlu agresif melawan kembali agar DUN pasir raja kekal dlm tgn UMNO bahkn meningkat undi dlm pru-13 nnti..

Anonymous said...

MAZLAN NI KERJANYA MEMBUBUH RACUN PD PENYOKONG KERAJAAN,MENABUR BAJA PD PENYOKONG PR.HASILNYA YG DIRACUN TAK MATI,YG DIBAJA TAK SUBUR.

Anonymous said...

DUIT HABIS BELI RACUN DENGAN BAJA.HASILNYA 0

Anonymous said...

bodoh admin ni. promosi percume..

Anonymous said...

kejatuhan dibuat2? sapa lagi yang buat? kerajaan yang memerintah sekarang la..

ape tindakan ANAK? bodoh betol. apesal anak pulak yg kene betindak?
dieorang rancak menghasut pon aku dah bterime kasih. nak harap kt petugas2 felda? haprakkk!! makin jatuh la.. peneroka pon senyum je dapat gaji sikit tak logik..

inin la pencacai Umngok.. bebal....

Anonymous said...

Kalaulah ekonomi Peneroka stabil...aku pun tak berminat dgn si Mazlan ANAK ni..tapi bila perhatikan gerak kerja dia yg meyakinkan sampai satu Malaysia sasau pasal amaran2 mengingati Generasi Felda dan Peneroka tentang masadepan oeg melayu..rasa macam betul pilak..bila dia bersuara..dapat juga kita merasa durian runtuh..bukan sikit bro..RM 10k dah kita dapat... kalau dok diam, hapah..terima kasih ANAK..ada impak juga..teruskan je..Uncle Jai

ARTIKEL HANGAT BULAN INI