TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Monday, October 29, 2012

HADI AWANG NAK POLITIK, POLITIK SAJA...

Ayat di bawah ini keluarnya dari Presiden PAS. Presiden tau, bukan cacai PAS. Ayatnya ialah; 
Setiap penganut Islam sebelum wujudnya PAS dan Umno wajib beriman dengan hukum hudud. Maka penganut Islam dalam Umno wajib bertegas dan istiqamah dengan Islamnya, seterusnya bertindak sama ada memecat MCA daripada BN atau Umno dipecat atau keluar daripada BN atau ahli-ahli Umno yang beragama Islam keluar Umno beramai-ramai.

Hadi Awang....kalau nak berpolitik, nak jadi wakil rakyat, nak jadi menteri, berpolitik sahajalah. Tak payahlah nak jual dan selit-selit bab agama lagi. Cakap aje berdegar-degar, tapi berbelit-belit sekadar mencari keuntungan untuk politik peribadi dan parti.

Apa bezanya perlakuan MCA dan DAP? Boleh sahaja ayat di atas berbunyi begini;
Setiap penganut Islam sebelum wujudnya PAS dan Umno wajib beriman dengan hukum hudud. Maka penganut Islam dalam PAS wajib bertegas dan istiqamah dengan Islamnya, seterusnya bertindak sama ada memecat DAP daripada Pakatan atau PAS dipecat atau keluar daripada Pakatan atau ahli-ahli PAS yang beragama Islam keluar PAS beramai-ramai.

Jangan untuk keuntungan politik peribadi, umat Islam berpecah belah. Bukankah lebih elok mencari jalan penyatuan untuk memperkukuhkan lagi Islam dan Melayu? Kalau Islam dan Melayu dah betul-betul kukuh dan kuat, maka ayat yang sebegini juga tak mungkin akan keluar dari mulut Hadi Awang;
Ingin saya pertegaskan sekali lagi bahawa pelaksanaan enakmen Islam adalah hanya untuk orang Islam sahaja, sama sekali tidak untuk bukan Islam.

Ayat Hadi di atas inilah yang menjadi persoalan kepada kebanyakan Islam pada ketika ini. Apakah hudud, hukum Allah itu tidak sempurna untuk kegunaan semua manusia? Kalau takut untuk mengakui kebenaran kerana bimbang tidak mendapat sokongan bukan Islam, maka eloklah jangan bercakap soal agama di pentas politik. Lebih elok lagi selaku Presiden parti, ajak ahli parti ramai-ramai meninggalkan PAS dan mengisi borang UMNO kerana terlanjur UMNO sudah memegang kuasa. Perkuatkan Islam itu dari dalam UMNO dengan bersama dengannya. Kalau dah semua ahli PAS menjadi ahli UMNO, tak mustahil dalam pemilihan UMNO nanti, lebai-lebai PAS pulak yang akan menguasai UMNO. Dengan berkumpulnya Islam dan Melayu di bawah satu entiti besar, bukankah lebih senang untuk bertindak dan mengubah keadaan.

***ayat-ayat Hadi Awang di atas boleh dibaca di SINI.


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI