TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

IKUTI TiS DI FB

Sunday, October 28, 2012

PARTI "BEKAS" TERBUANG


Apa kekuatan yang ada pada penceramah Pakatan? Pakatan hanya mampu menawarkan "bekas-bekas" yang dah terbuang dari UMNO, dari kabinet ataupun dari jabatan kerajaan.

Mengapa "bekas-bekas" ini terbuang? Bab ni kena la nilai sendiri dengan kebijaksanaan. "Bekas" yang dibuang ni biasanya "bekas" yang tak bagus. Kalau bagus, walaupun tak digunakan lagi, orang akan simpan di tempat yang baik, sekurang-kurangnya sebagai kenangan.

Maka kalau ada terniat atau teringin nak dengar "bekas-bekas" ni berceramah, maka bersedialah....nanti di tengah-tengah ceramah tu, akan ada "bekas" yang berjalan buat mengisi sedekah yang kononnya dinamakan Derma Jihad.

Teringat dulu masa kat kampung sebelum ada air paip. Ada tempayan buat bekas air hujan. Walaupun sekarang dah ada air paip, bekas tu tak le pulak mak aku buang atau bagi kat orang. Tapi bekas tu sekarang semakin cantik dibuat hiasan dalam rumah, bukan duduk di cucur atap lagi. Nampaknya nasib tempayan bekas air kat rumah mak aku tu lebih baik dari nasib "bekas-bekas" yang dikutip oleh puak Pakatan ni.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI