TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Wednesday, October 31, 2012

POLI TIKUS, AES DAN PRU

PRU 13 semakin hampir. Mana yang mengidam atau terus kekal untuk jadi YB, dah mula mengeluarkan kenyataan-kenyataan untuk popular. Peliknya, para politikus ini, nada mereka samada dari pihak kerajaan ataupun pembangkang, sama sahaja. Kalau diterjemah, seolah-olah rakyat kebanyakan dan pengundi ini semuanya bodoh belaka terutamanya dalam isu AES.

Aku suka ulas isu AES ni sebab ianya menarik perhatian semua pihak, kerajaan, pembangkang dan rakyat.

Baik atau buruknya penggunaan AES ini malas nak aku ulas. Maklumlah, Kementerian Pengangkutan dah maklumkan bahawa kajian selama 10 tahun dah dibuat sebelum ianya dilaksanakan.

Hikmah AES ini sebenarnya menyerlahkan kepada kita tentang sikap para poli tikus. Poli TIKUS sebab tikus kalau nak buat sesuatu dikhalayak, dia akan memastikan persekitaran yang selamat dulu. Anda umpanlah sesedap mana sekalipun makanan, kalau dia berasa takut, mampus dia tak akan keluar untuk makan walaupun dah ternganga mulutnya kelaparan.

Begitu juga dengan poli tikus ini dalam menghadapi isu AES. Semuanya mintak tangguh. Sebab tangguh, suasana tak sesuai. PRU semakin hampir. Lepas PRU nanti, tak kira sapa yang menang, nak buat-buatlah! 

Inikah sikap para pemimpin politik kita? Membuat keputusan hanya untuk popular menjelang PRU. Kalau beginilah sikap para poli tikus yang menerajui negara, maka memanglah negara kita bakal menuju kehancuran. Yang berkuasa takut untuk melaksanakan dasar, yang membangkang pulak jauh sekali untuk menyokong, mengambil kesempatan atas setiap dasar untuk kepentingan politik walaupun sedar dasar-dasar yang diperkenal itu baik untuk rakyat.

Mungkin akan ada trend baru nanti, apa juga dasar-dasar baru untuk diperkenal oleh kerajaan yang memerintah, hanya akan dibuat untuk tahun-tahun awal selepas membentuk kerajaan. Mungkin untuk tahun pertama dan kedua sahaja. Selepas itu kerja mereka hanya untuk memujuk rakyat agar terus popular untuk undi pada PRU yang akan datangnya.

Sudah sampai masanya pengundi memberitahu mereka-mereka yang mahukan populariti ini samada dari parti yang memerintah ataupun yang membangkang, rakyat tidak bodoh untuk percaya dengan perkara-perkara yang ditangguhkan hanya untuk populariti menjelang PRU walhal rakyat sedar, walaupun pahit sesuatu yang mahu diperkenalkan, ianya adalah untuk kebaikan rakyat. 

Pemimpin yang mintak tangguh sesuatu dasar atau undang-undang itu dilaksanakan hanya semata-mata untuk menghadapi PRU adalah pemimpin yang takut dengan kebenaran. Perlukah kita memilih mereka untuk menerajui kita? Sendiri fikirlah....



No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI