TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Tuesday, October 30, 2012

KAMERA AES - KENAPA MOHON TANGGUH?

Isu kamera AES semakin hangat kebelakangan ini. Semakin banyak pihak yang berbunyi, tapi nadanya sama aje. Mohon tangguh dulu. Kenapa mesti tangguh? Kalau tangguh, apa bezanya AES sekarang dan AES selepas penangguhan? 

Kalau mengikut kata Menteri Pengangkutan, kajian selama 10 tahun telah dijalankan sebelum AES dikuatkuasakan. Kalau dah 10 tahun dikaji, apa penambahbaikan yang boleh dibuat kalau bagi lagi 10 bulan tambahan untuk dikaji?

Yang bercakap nak tangguh, semuanya sebab nak menghadapi PRU. Semua cakap untuk populariti. Baik buruknya AES ini, sangat dimaklumi oleh semua pihak samada pembangkang mahupun kerajaan.

Bukankah lebih baik dari menggula-gulakan rakyat dengan cakap tangguh, terus sahaja desak agar AES ini dimansuhkan dan dibatalkan. Kalau dah yang dipihak kerajaan sedar ianya banyak menyusahkan, pihak pembangkang juga sedar ianya banyak menyusahkan, buat apa tangguh.....mansuhkan terus. Rakyat akan terus lega dan tak payah nak fikir-fikir lagi apa pulak muslihat selepas penangguhan.

Lepas mansuh tu nanti,  takkan le syarikat yang berjaya meyakinkan "bijak pandai" dalam kerajaan untuk menggunakan kamera mereka itu tak mampu pulak untuk meyakinkan orang-orang yang yakin dengan mereka untuk menggunakan kamera AES tu untuk bukak kedai gambar dengan menggunakan kamera terpakai tersebut, terutamanya Solah Hasan. Diapun tak lama lagi nak pencen, eloklah bukak kedai gambar menggunakan kamera AES! Mahal sikit tak apa, akupun nak bergambar dikedai yang menggunakan kamera terpakai AES tu, kalau ada.....tentu berkilat dahi dek silaunya flash kamera tersebut.


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI