TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Saturday, October 13, 2012

SYED HAMIL GAGAL KEMUDI SPAD?

Kalau dah banyak sangat rungutan tentang SPAD, kerajaan kenalah ambil tindakan dengan segera. Kalau mengikut jumlah yang menerima TR1M, terdapat 66,538 teksi dan kereta sewa seluruh Malaysia. Maknanya kalau SPAD gagal, ramai yang terlibat.


Jumlah 66,538 itu baru jumlah kenderaannya sahaja belum di campur dengan jumlah pemandu kedua, jumlah isteri dan ahli keluarga pemandu yang boleh mengundi. Ramai yang terlibat. Akan lebih ramai lagi yang terlibat kalau kita ambil kira sekiranya setiap kali penumpang menaiki teksi atau kereta sewa, maka setiap kali itulah juga pemandu teksi dan kereta sewa ini membebel memburuk-burukkan kerajaan.

Bersegeralah melihat kepada masalah mereka. PRU semakin hampir. Pemandu teksi bukannya golongan senang. Mereka cuma mahu senang cari makan. Mereka bukan mintak untuk kaya atau projek tetapi kebajikan mereka.

Kalau dah banyak sangat rungutan tentang SPAD dan Pengerusinya, maka nak tunggu apa lagi? Eloknya Pengerusi SPAD ni yang berhadapan dengan golongan rakyat yang berpendapatan rendah bukanlah dari golongan elit, anak menteri yang tak pernah tahu erti susah. Lantik orang lain yang bijak pandai yang pernah tahu erti susah, memahami kepayahan orang lain.


3 comments:

Anonymous said...

Kasihan pemandu teksi mcm saya nih..dahlah orang d luar sana memandang rendah pada kami.. bila mengadu hal2 demi kebaikan pemandu teksi kepada yg berkuasa,mcm tidak di endahkan aje. Mohon satu permintaan dr saya..wujudkan satu kaunter untuk memperbahrui Kad Pemandu (Permit Persendirian)di KL,ini akan memudahkan kami untuk memperbahrui kad tanpa pergi jauh ke Putra Jaya yg mana kebanyakan pemandu tinggal dan menetap di KL.Banyak masa kami terbuang dan ini amat merugikan kami.Harap SPAD dpt pertimbangkan permintaan kami ini

Anonymous said...

Syed Hamid Albab ini nak jawatan saja. Kerja dia tak tau buat.

Anonymous said...

LPKP punya taik, SPAD kena tanggung

ARTIKEL HANGAT BULAN INI