TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Saturday, October 13, 2012

DAP BAGUS, IKHLAS - UMNO TAK IKHLAS

Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS akan terus menolak ajakan UMNO untuk bekerjasama kerana katanya ajakan UMNO tidak ikhlas dan hanya bertujuan untuk kepentingan politik.

Inilah yang dikatakan pemimpin celik, tapi buta. Kalau tak ada kepentingan politik, buat apa nak ajak kerjasama? UMNO ajak kerjasama untuk kepentingan politik Melayu dan Islam, untuk memastikan Melayu dan Islam terus menguasai tampuk pemerintahan. Samada UMNO ikhlas atau tidak terhadap pimpinan PAS, kita tak tahulah tetapi kalau diperkirakan tentang niat untuk memastikan survival politik Melayu dan Islam, niat untuk melihat Melayu dan Islam terus menguasai tampuk pemerintahan, aku rasa ajakan UMNO itu cukup ikhlas.

Tapi kalau pimpinan PAS masih berkira-kira sekiranya mereka bekerjasama dengan UMNO, apakah mereka akan dapat jawatan menteri atau exco, maka sendiri nilailah nawaitu perjuangan masing-masing.

Apapun, keikhlasan DAP terhadap PAS memang terserlah. DAP sangat ikhlas memperkudakan PAS dan pimpinan PAS pula tersangatlah ikhlas menerima nasib untuk menjadi kuda tunggangan. Mungkin seronok berbakti untuk ditunggangi.



2 comments:

Anonymous said...

Tuan Brahim bongok jangan lah konon nak main perkataan. Meh sini aku kupaskan.

DAP ikhlas pasal dia terang terang kata dia jahat. Kononnya orang macam ni baik pasal sekurang kurangnya dia ikhlas.

PAS pulak perasan baik tapi buat hal macam macam. Unit amal rempuh polis... bukan ke celaka tu!

UMNO tak ikhlas pasal otak PAS yang tak terima.

Bodoh punya lembu!

MELAYUJATI said...

Otak Tuan Man ni dah tepu pemikiran macam CPU komputer tahun 80an, tahap pemikiran beliau tidak diseimbangkan dengan situasi semasa, bodoh tak boleh diajar pandai tak boleh diikut, cakap ikut Islam, perbuatan ikut iblis.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI