TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Friday, October 26, 2012

UMUM CALON AWAL? AKU SOKONG

Menurut Setiausaha Agong BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Barisan Nasional (BN) berkemungkinan akan menamakan calon Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lebih awal berbanding pilihan raya sebelumnya. 

Bagaimanapun semua kemungkinan ini bergantung kepada kesediaan PM DS Najib, samada bersetuju atau tidak.

Sekiranya hal ini menjadi kenyataan, aku sokong penuh. Banyak kebaikannya. Ketika itu awal-awal lagi kita akan nampak kalau-kalau ada penyokong parti yang tak bersetuju dengan calon. Sekiranya masa yang diumumkan mencukupi, berkemungkinan juga pihak akar umbi juga boleh membuat cadangan kepada pucuk pimpinan tentang kesesuaian calon dan mungkin juga memberitahu apa-apa rekod lampau calon yang terlepas pandang oleh pucuk pimpinan.

Selain itu, sekiranya calon baru dinamakan untuk menggantikan penyandang sedia ada, maka calon baru tersebut sudah boleh bergerak bersama dengan penyandang untuk memastikan adanya kesinambungan terhadap apa yang diperjuang dan dijanjikan oleh penyandang.

Dengan pengumuman awal nama calon juga membolehkan pengundi mengenali dengan lebih dekat lagi dengan bakal wakil mereka. Kalau BN berani, kita tengok pulak, apakah puak Pakatan juga berani?


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI