Semacam makin jelas, PAS ni hanyalah diperkuda dan dibangangkan oleh DAP dan PKR untuk menghadapi PRU 13 nanti. Apa tidaknya, pemimpin kanan DAP dan PKR langsung tak ada bunyi untuk bertanding melawan kerusi-kerusi kukuh BN, tetapi PAS seperti mahu melakukan harakiri politik.
Bermula dengan Hadi Awang mahu menandingi DS Najib, kemudian Din Pudu nak lawan Ghani Othman dan terkini pemudanya pula mencadangkan agar Nik Abduh pula bertanding menentang TS Muhyiddin. Kerja gila. Ketika DAP dan PKR mencari kerusi selamat untuk menambah suara mereka, PAS nak tunjuk jantan, melakukan harakiri.
Sayangnya semua menunjukkan kebodohan dan kesombongan melampau. Sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapat kasih sayang dari DAP. Jangan jadi bodoh, jangan jadi bangang. Suruh pemimpin kanan DAP yang lawan taiko-taiko UMNO. Kenapa mesti PAS yang mahu melakukan harakiri hanya untuk melawan sesama Melayu dan Islam?
Kalau benar PAS kuat dan telah dapat diterima oleh pengundi bukan Islam, alang-alang naik lakukan harakiri, pergi bertanding melawan di kerusi-kerusi yang ditandingi oleh Presiden dan Naib-naib Presiden MCA, MIC dan Gerakan. Lagipun banyak kerusi-kerusi ini majoritinya adalah orang Melayu. Sekurang-kurangnya kalau menang, dapatlah menambah suara orang Melayu dan Islam dalam Parlimen.
Kalau PAS berani meletakkan taiko-taikonya melawan taiko-taiko MCA, MIC dan Gerakan di Johor ni, aku salute, mungkin akan tolong promote dalam blog ni.
Mencadangkan Nik Abduh bertanding melawan TS Muhyiddin serupa dengan menyuruhnya terjun dari kapal terbang tanpa payung terjun. Lain le kalau nak suruh Nik Abduh ke Johor untuk bertanding jawatan Pengerusi Pak Wan Ca Rakyat Kelantan atau Pengerusi Pekerja-pekerja kilang anak Kelantan, memang sah Nik Abduh boleh menang sebab kat Johor ni memang ramai Pak Wan Ca dan pekerja kilang asal dari Kelantan.
1 comment:
ada terbaca perihal ni.
memang benar, dgn meletakkan Nik Abduh di tempat-tempat orang yang tak kenal dengan dia adalah suatu usaha yg sia-sia. biarlah bertanding di tempat asal saja, lagi senang.
TAPI cara penulisan saudara pemilik blog agak kurang ajar/biadap dengan menggelar dia bodoh bangang dsbg.
kalau saudara bijak pandai, tak ada lah cara penulisan melabel orang itu bodoh, orang ini bangang.
kalau nak berpolitik dan menyatakan pendapat biarlah berhemah.
salam maal hijrah.
Post a Comment