TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Thursday, November 15, 2012

PATUT LE NUAR BINGUNG -TOBAT

Memang patutpun kalau Nuar Berahim bingung. Apa tak bingungnya, Karpal suruh Nuar Berahim bertaubat. Kemudian bila anak Nuar, si Izzah mengeluarkan kenyataan tentang kebebasan beragama, Mufti Perak, TS Harussani pulak suruh Izzah bertaubat. Tup...tup...Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib pulak suruh Harussani bertaubat! Siapa yang betul ni?


Harun Taib suruh Harussani bertaubat kerana katanya Harussani tidak menyokong perjuangan Islam. Apakah dengan menyokong dan jadi ahli PAS tu sebagai tanda aras menyokong perjuangan Islam? 

Gitu gini, Harun Taib rasanya juga perlu bertaubat. Apa tidaknya, Harun Taib kata berfikir bagaimana nak gulingkan BN secara terperinci dan teratur lebih penting dari membincangkan soal kebebasan beragama sebagaimana yang dianjurkan oleh anak Nuar.

Betul ke hala tuju perjuangan Harun Taib tu? Guling BN yang diterajui oleh UMNO, kemudian beri pula tampuk pemerintahan negara kepada DAP. Majoriti rakyat Malaysia tak percaya kalau BN yang diterajui UMNO terguling, PAS mampu menggantikan UMNO menerajui Pakatan. Taubat le wahai Harun! Kalau mereka percaya PAS mampu menerajui Pakatan, mampus Cina dan India tak akan sokong.

55 tahun BN memerintah, memang ada cacat dan kurangnya. Tapi dalam masa 55 tahun itu, cuba kira berapa banyak masjid yang telah didirikan, berapa banyak sekolah yang telah didirikan, berapa panjang jalan yang telah dibina, berapa banyak rakyat yang dah jadi doktor, berapa banyak anak-anak orang PAS yang mampu belajar hingga ke manara gading, berapa banyak .....banyak lagi le kalau nak sebut.

Bandingkan pulak 22 tahun PAS perintah Kelantan, apa yang PAS bawak untuk rakyat Kelantan. Sampai bila rakyat mahu digula-gulakan dengan janji syurga yang mana syurga itu milik Allah, bukannya milik PAS?

Kalau cerita songlap, apa kerajaan yang dipimpin PAS tak ada songlap duit ke? Lebih hina lagi pemimpin PAS, masa berceramah sanggup menadah tong derma depan rakyat yang entah-entah anak mereka di rumah makan tanpa lauk kerana menyimpan duit untuk dimasukkan ke kantung PAS kerana terpedaya dengan slogan "derma jihad". Tobat.....tobat....jangan tak tobat!


2 comments:

mohammad azren fooldog PH yg bahalol said...
This comment has been removed by the author.
usin said...

harun taib suruh mufti perak taubat? wau, hebat harun taib nih! hebat kerana memilih nurul izzah lebih suci dpd mufti. tak lama lg mufti pahangpun kena taubat jugak.. lepas tu noh gadut, mufti johor. silap2 mufti kelantanpun kena taubat jugak kesan penangan nurul izzah, anak anugerah tuhan...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI