
Apa perlunya Tenaganita menggunakan organisasi asing untuk mengkaji Perlembagaan Malaysia yang telah dipersetujui oleh semua kaum sewaktu menerima kemerdekaan dahulu?
![]() |
Berita penuh di SINI |
Walaupun semua kaum terlibat dalam kemerdekaan negara, WAJIB diingatkan bahawa yang mencapai kemerdekaan dan diiktiraf merdeka pada tahun 1957 ialah Persekutuan Tanah Melayu.
Apa lagi yang mahu mereka kikis dari orang Melayu? Kalaulah orang Melayu di Malaysia ini tidak mahu berkongsi negara dengan atok nenek mereka dahulu, dimanakah mereka sekarang?
Bersatulah Melayu. Cuma dengan kekuatan politik Melayu sahaja mampu untuk mendiamkan puak-puak yang tak puas mengikis ini. Kalau perlu, kembalikan semula nama negara kepada Persekutuan Tanah Melayu agar mereka sedar di tanah mana mereka berpijak.
No comments:
Post a Comment