TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Wednesday, November 14, 2012

TEMA HEBAT TAPI BUNYI MACAM NAK AMPU

Hebat tema Dewan Ulamak PAS Pusat sempena Muktamar mereka yang ke 51 yang akan berlangsung pada hari Khamis, 15 November 2012 di Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu.

Apa temanya? "ULAMAK HARAKI BENTENG IZZAH ISLAM". Perghhh....ni kalau tanya kebanyakan cacai PAS, mereka pun pening nak bagi faham apa maksud tema tersebut. Mungkin akan ada yang kata, ULAMAK PAS BUAT HARAKIRI UNTUK BELA NURUL IZZAH. Ko orang tak caye, cuba tanya kat cacai-cacai PAS.

Bagi aku, ini adalah pemilihan tema topeng oleh ulamak PAS. Kalau difahami akan maksud tema tersebut, ia membawa makna, ulamak yang bergerak merupakan benteng kemuliaan Islam. Ulamak PAS memang sibuk, bergerak ke sana, ke mari tetapi apakah mereka memelihara kemuliaan Islam? Kalau bab Nurul Izzah anak Nuar yang mudah sahaja mereka takut untuk mengulasnya, apatah lagi menegur, tak usahlah pakai tema tersebut. Atau mereka menggunakan tema tersebut hanya untuk mengelabui mata anak Nuar si Izzah yang buta kayu dan jahil itu supaya melonjak gembira kerana DUPP mengabdikan namanya dalam tema DUPP.


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI