TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Saturday, November 17, 2012

HARUN TAIB, LEBIH BAIK AJAR BEBUDAK MENGAJI

Aku tak tahulah, apa agaknya perasaan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib ni. Sewaktu dia mengatakan dalam Muktamar bahawa pakatan pembangkang secara umumnya bersetuju bahawa hukum hudud akan dilaksanakan sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan pilihan raya umum ke-13, apakah dia sengaja bercakap untuk menyedapkan hati akar umbi PAS? Dalam erti kata lain, memang dia tahu itu bukan persetujuan bersama Pakatan, tapi demi nak ambil hati orang-orang PAS, kena le tipu sunat.

Harun Taib dengan cepat menyediakan alasan semasa ditanya tentang tentangan Karpal dengan mengatakan; 
“Kita tidak ada masalah dengan DAP kerana kita selalu berdialog dengan dia (DAP). Sebelum PR ditubuhkan, DAP selalu bertukar-tukar fikiran tentang undang-undang jenayah syariah. Tetapi Karpal Singh tak sempat, mungkin sebab dia uzur, sebab itu ada masih ada suara-suara yang semacam tidak setuju. Itu bukan tak setuju, tapi semacam tidak setuju.” 

Ha...ha...ha...bukan tak setuju, tapi semacam tidak setuju! Apa kejadah punya ayat ni?

Tak apalah, mungkin Karpal memang dah sakit serta mungkin nyanyuk. Bagaimana pula dengan Dr Tan Seng Giaw? Dr Tan mengatakan dia tidak tahu bagaimana boleh timbul isu hukum hudud dipersetujui pakatan pembangkang, sambil menegaskan DAP hanya menerima kedudukan agama Islam sepertimana termaktub dalam perlembagaan negara.

Kalau dah tolak sana, tolak sini, siapa agaknya yang sampai hati menipu rakyat khususnya orang Islam dan Melayu hanya untuk sedikit kuasa, Karpal, Seng Giaw atau Harun Taib? Dah tua-tua ni dan ada sedikit masa yang tersisa, aku rasa lebih baik Harun Taib ambil upah mengajar bebudak mengaji dari bercakap tak tentu hala semata-mata nak puaskan hati segelintir lebai-lebai PAS. Jangan gelojoh untuk berkuasa hingga lupa perjuangan asal. Jangan ikut macam si Nizar, dia memang gelojoh. Tengok tu, pinggan dah penuh, tapi tangan mencapai lagi.

Mungkin ahli PAS kena terima hakikat bahawa ketika Hadi Awang berkata bahawa "parti syaitan yang dikuasai syaitan di dalamnya" tidak mampu menegakkan kebajikan yang "adil terhadap semua" adalah merujuk kepada PAS. Itu sebabnya Hadi Awang tak mahu menamakan parti syaitan yang dikatakannya sebab dia suruh ahli PAS berfikir sendiri. Lagipun sebelum ini, Hadi Awangpun pernah berkata, dia dah tak mahu bertanding lagi sebab nak jadi nelayan.


1 comment:

wasim46 said...

Harun taik ni baka keling paria ke?

ARTIKEL HANGAT BULAN INI