TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, November 25, 2012

JOM...KEJUTKAN MIMPI PENYOKONG PAS

Kalau mengikut apa yang dilaporkan oleh Sinar Harian, DS Najib tak menolak kemungkinan PRU akan diadakan pada Disember ini. Maknanya dah tak lama lagi tu.

Namun begitu, masalah yang paling besar sekali bagi orang Melayu dan Islam ialah masih ramai lagi yang sedang lena diulit mimpi-mimpi yang dibuat oleh PAS .


Jom...kita kejutkan penyokong PAS dari bermimpi. Aku ajak kejutkan penyokongnya aje. Para pemimpin PAS tu, biarlah mereka tidur lagi nyenyak, kalau boleh tolong "pok-pok"kan, biar terus tertidur.

Ini kerana banyak "rahmat" yang dah dibawa oleh pemimpin-pemimpin PAS yang patut kita beritahu kepada para penyokongnya agar mereka tersedar bahawa apa yang mereka harapkan selama ini rupanya hanya mimpi sahaja.

Aku tak marah PAS kerjasama dengan DAP. Juga tak marah PAS doakan kehancuran untuk orang UMNO. Juga tak marah pemimpinnya membela Izzah yang menyarankan kebebasan beragama untuk Melayu. 

Aku juga tak kisah penyokong PAS berlaga pipi dengan Nuar Berahim yang sokong Israel. Dan aku peduli apa dengan tindakan mereka memurtad dan mengkafirkan sesama Islam.

Itu semua "rahmat" yang berkebetulan yang Allah berikan untuk penyokong PAS berfikir. Maka "rahmat-rahmat" inilah yang perlu para pemimpin dan para pengkempen UMNO serta BN terangkan betapa palsunya mimpi-mimpi yang dijana oleh para pemimpin PAS, betapa jauhnya mereka tersasar (bukan sesat ya!..nanti marah orang PAS).


Maka, semalam aku dah sekali bersama Ustaz Kamal Saidin di Felda Bukit Batu dan malam ini akan sekali lagi bersama Ustaz Kamal Saidin di Felda Pasir Raja, Kulai  pulak untuk menerangkan tentang "rahmat-rahmat" yang telah dicipta oleh pemimpin PAS ini. Jangan lupa hadir beramai-ramai. ADUN Pasir Raja juga akan turut serta. Kalau ada apa-apa borang atau surat nak mintak tandatangan atau pengesahan, bawak sekali sebab Dr Adham ni dia berkhidmat tak kira tempat. Dia suka memudahkan urusan. Tengok kat bawah ni, kat tepi dewanpun jadi.



No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI