TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, November 18, 2012

KADIAQ DAH TERCIUM BAU SOREGE


Memang patutpun Kadiaq ni dipanggil Mamak bow-tie. Punya nak cium bau sorege, Kadiaq punya "bow" kat Nik Ajis sampai Nik Ajispun gelihati. Apataknya, Kadiaq nak cium bau sorege, dia cium dan bau tangan Nik Ajis. Tapi ada benda yang Kadiaq tak tau.

Sebenarnya Nik Ajis dah terasa bahang neraka. Apa taknya, orang lain tak terasa panas, tak ada siapa yang berpayung, tapi Nik Ajis berpayung. Dia panas dan bahang!


Inilah pemimpin zuhud PAS yang mengatakan UMNO murtad. Tak ada siapa yang berpayung, cuma dia seorang sahaja yang berpayung. 

Dah tua, tapi mulut tak jaga. Cakap seumpama orang nyanyuk. Mungkin juga dah nyanyuk dan kalau nyanyuk, kita biarkan aje. Tak jadi kudispun. Siapa Nik Ajis nak label dan jatuhkan hukum murtad pada orang lain? Hebat sangatkah keislaman Nik Ajis?

Kalau betul Nik Ajis hebat, dia tak akan tolak pelawaan kerjasama oleh UMNO. Kalau benar UMNO terpesong, orang yang hebat tentu mampu menunjukkan jalan yang benar. Tak perlu takut. Dah tentu kalau benarpun UMNO terpesong, asasnya UMNO adalah Islam berbanding dengan DAP. Tentu lebih mudah untuk menyedarkan orang yang telah ada asas berbanding dengan yang langsung tak faham tentang Islam.

Lantaran itu, aku harap orang UMNO tak payah le melenting dengan kenyataan Nik Ajis yang mengatakan UMNO itu murtad. Nik Ajis hanyalah ulama' celup berdasarkan pakaiannya sahaja. Kalau UMNO yang Islam dia tak berani nak bekerjasama dan memperbetulkan, kalau benar ada salahnya, bagaimana mungkin dia nak berdakwah kepada yang bukan Islam? Ilmunya pun tak seberapa. 

Cuma sayangnya, segala perkataan yang keluar dari mulutnya menjadi racun buat seluruh umat Islam dan Melayu dan lebih malang lagi menjadi bahan tertawa orang bukan Islam melihatkan gelagatnya menghukum orang Islam yang lain. Bila la nak mati ibu segala racun ini?


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI