TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Monday, November 19, 2012

HADI AWANG TAK YAKIN HUDUD HUKUM TERBAIK?

Bila disebut hendak melaksanakan hukuman hudud, rasanya seluruh umat Islam di Malaysia ini menyambut dengan baik. Semuanya yakin, tiada hukum yang lebih baik dari hukum yang telah ditunjukkan oleh Allah SWT untuk digunapakai oleh semua manusia.

Hukum Allah itu maha sempurna bukan sahaja untuk umat Islam, tetapi untuk seluruh manusia, tetapi kenapa Hadi Awang kata hudud hanya untuk orang Islam sahaja?

Cetek benar Hadi Awang untuk menjustifikasikan bahawa hukum hudud hanya untuk Islam sahaja bila berkata; "Hak bukan Islam diizinkan untuk agama mereka ... contohnya arak, itu diizinkan agama dia ... walaupun Islam mengharamkan, tetapi itu hak dia.

Mengapa tidak mengambil contoh jenayah-jenayah yang boleh berlaku bersesama antara Islam dan bukan Islam contohnya orang Islam berzina dengan bukan Islam, orang Islam bersama-sama melakukan rompakan dengan bukan Islam dan sebagainya. Apakah akan ada dua set hukuman untuk perlakuan jenayah yang sama? Apakah agama lain menghalalkan jenayah-jenayah tersebut. 

Dengan adanya dua set hukuman, apakah akan berlaku keadilan bila mangsa jenayah adalah orang Islam dan pelaku jenayah orang bukan Islam. Hukuman mana yang mahu digunapakai? Bagaimana dengan adanya dua set hukuman, mangsa yang beragama Islam bertegas dengan haknya agar pelaku jenayah dihukum dengan hukuman hudud, manakala pelaku jenayah pula bertegas dengan haknya untuk menolak hukuman hudud?

Bercakap tentang hukum Allah bukannya untuk diberdolak-dalihkan. Jangan beralasan hingga menampakkan seolah-olah hukuman hudud itu tidak sempurna. Apa yang penting, renunglah kepada Islam kita. Apakah kita sudah cukup kuat dan bersatu untuk melaksanakan hudud agar diterima pakai oleh semua orang sedangkan dalam masa yang sama kita masih mendoakan kecelakaan untuk sesama Islam? ...masih lagi merayu-rayu mengharapkan simpati golongan yang menentang hudud untuk memberikan undi agar kesampaian nafsu untuk berkuasa?


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI