Kalau ada ahli UMNO Tenggara yang nak marah kat aku, marah le. Tapi sikap ketua UMNO cawangan Pulau Indah yang bangang ini cukup memalukan. Inilah kalau muda sangat, belum cukup ilmu politik, dah sibuk jadi ketua cawangan, malah ada angan-angan nak jadi YB.
Menulis surat kepada ADUN untuk mohon peruntukan pejabat UMNO cawangannya dan bila tak dilayan melahirkan rasa kecewa di dinding FB. Kemudian masih bertanya apakah ia salah?
Woiii Mamat, ko belajar lagi le. Bila dah jadi ADUN tu, dia bukan ADUN untuk UMNO sahaja, tetapi untuk semua. Kalau dah bagi peruntukan ADUN untuk pejabat UMNO, bagaimana pulak kalau pejabat PAS juga mohon peruntukan? Pejabat DAP mohon peruntukan? Lainlah kalau mintak kepada Dato' Baderi atas tiketnya sebagai Ketua Bahagian.
Lagipun, sekarang ni apa le sangat dengan laptop tu. Boleh dikatakan hampir setiap rumah dah ada laptop. Malah silap-silap ketua cawangan ni juga ada dapat netbook 1 Malaysia. Kalau jadi ketua cawangan, tak mampu nak faraidkan kegunaan laptop dan printer sendiri untuk kesenangan cawangan, lebih baik letak aje jawatan tu.
Mana kata-kata yang kononnya berjuang dan pejuang? Kalau setakat laptop dan printerpun nak melalak kat dinding FB. Ko patut malu dengan Tenggara is Southeast, berjuang untuk UMNO dan BN, tapi tak pernahpun mintak laptop, tak pernah mintak bantuan dengan wakil rakyat, tak pernah mintak itu dan ini walaupun setiap hari menulis.
Apapun, tahniah kepada ADUN Panti, Dato' Haji Baderi Dasuki kerana tidak melayan karenah-karenah yang sebegini. Banyak lagi keperluan rakyat yang lebih penting dari menghabiskan peruntukan DUN untuk membekal sampai 2 unit komputer riba untuk sebuah cawangan UMNO. Banyak sangat ke kerja pengkomputeran UMNO cawangan Pulau Indah tu?
1 comment:
Adoii.. Ni Ketua Cawangan dari planet mana der? Kecewa dah macam Zaid Ibrahim der..
~From Desaru With Love~
Post a Comment