TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Monday, November 19, 2012

SAYANG...MAZLAN TAK ADA

Sayang...ketika kerajaan BN menunaikan janjinya kepada generasi kedua Felda di kawasan DUN Pasir Raja dengan menyerahkan cek bernilai RM5,000, Mazlan Aliman tak ada bersama-sama untuk meraikannya.


Ingatkan begitu gah menyerang Felda, kat Muktamar PAS ada le keistimewaan sedikit. Rupanya Mazlan hanya bertugas menjaga gelas air untuk perwakilan aje. Generasi kedua kat kampung dia menyeringai senyum menerima cek.

Semalam di Felda Bukit Ramun, MP Tenggara, Tok Limah menyerahkan cek kepada 323 penerima. Hari ini ADUN Pasir Raja, Datuk Dr Adham seharian menyempurnakan penyerahan cek kepada 3 buah Felda iaitu seramai 409 penerima di Felda Bukit Besar, 409 di Felda Pasir Raja dan 399 di Felda Sungai Sayong.

Kalau dikira duitnya tu dah berjumlah RM7.7 juta!!! Pesan Tok Limah aku dah cerita semalam. Hari ni pulak, Datuk Adham pesan kepada para penerima yang diamanahkan itu, berlaku jujurlah dalam pembahagian wang tersebut agar keharmonian keluarga dapat dipelihara.

He...he...he...kat Felda Bukit Besar, aku diberitahu ada juga totok PAS dan penyokong ANAK yang datang salam dengan Dr Adham untuk ambik duit tu. Tapi tak apa la, dia tahu juga ucap terima kasih lepas terima cek tersebut. 

Gambar-gambar sekitar penyampaian cek di Felda Pasir Raja.



No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI